Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 47
Written by Bella | December 23rd, 2017

Kontroversi pelakon Tasha Shilla memuat naik foto seksi menampakkan bahagian belakang badan dan memakai seluar pendek seksi menjadi bualan hangat netizen yang mendakwa pelakon itu cuba meraih publisiti murahan dan sudah lupa pada janjinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Menurut Tasha menerusi portal BH ONLINE, beliau tidak mahu bersikap hipokrit dan berubah atas desakan orang lain. Malah, Tasha tidak pernah mahu meraih perhatian ramai ketika memuat naik foto tersebut.

Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah. Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi. Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan budak-budak lagi.

 

 

Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum. Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa.

Tasha akui sudah lali dengan kecaman netizen dan tidak mahu terlalu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

 
Written by Bella | December 23rd, 2017

Tanggal 18 Disember lalu, peminat KPOP seluruh dunia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi  utama Shinee, Jonghyun yang mati bunuh diri kerana mengalami masalah depresi yang teruk. Jonghyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida kerana menghidu asap arang yang dibakar dalam kuali di apartment beliau.

Demi meratapi dan memberikan penghormatan terakhir kepada bintang kesayangan mereka itu, lebih 100 orang rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum berkumpul di tepi Sungai Klang berhampiran kawasan Masjid Jamek  bagi memperingati pemergian Jonghyun.

Suasana ketika itu agak memilukan dan kebanyakan peminat  tidak dapat menahan rasa sebak serta mengalirkan air mata saat mereka menyalakan lilin dan memegang belon simbolik “melepaskan” Jonghyun buat selama-lamanya dengan harapan “jiwa” mendiang lebih tenang disana dengan meletakkan bunga pada potret Jonghyun.

Berikut kami sertakan video serta beberapa lagi foto pada majlis penghormatan terakhir Jonghyun :-

Sumber Berita & Foto : Malaysia Kini

 
Written by AbangNara | December 23rd, 2017

Memelihara kucing adalah satu perkara yang amat menyeronokkan, terutama ketika melihat gelagat si comel itu menjamu selera dengan makanan yang anda sediakan. Memang seronok tengok kucing makan. Berselera betul seolah-olah 5 hari tak dapat sebarang makanan. Lepas tue kalau kita perhatikan dia lama-lama, si kucing akan memberi pandangan tajam “ini aku punya makanan, jangan harap aku nak share dengan kau”.

image

Hari ini, Abang Nara ada berita gembira untuk anda semua yang memiliki kucing di rumah. Anda boleh dapatkan HADIAH PERCUMA apabila membeli makanan kucing anda. Caranya senang sahaja. Anda hanya perlu membeli makanan kucing berjenama SmartHeart anda di PETBOX.

image

macam-macam jenis makanan haiwan ada dalam PETBOX nie

PETBOX ini adalah vending machine yang menjual pelbagai jenis produk-produk haiwan peliharaan termasuklah makanan untuk kucing. Untuk mendapatkan hadiah PERCUMA, anda hanya perlu cari PETBOX ini di salah satu lokasi di bawah dan buat pembelian anda sehingga 31 Disember 2017 ini.

1. M3 Mall (Setapak, Kuala Lumpur)
2. Jaya One (Petaling Jaya)
3. Icon Mall (Taman Connaught)
4. South City Plaza (Sri Kembangan)
5. Star Avenue Lifestyle Mall (Shah Alam)
6. Giant (Kelana Jaya)
7. Giant (Bandar Puteri Puchong)
8. Tesco (Bangi)
9. Tesco (Menjalara, Kepong)
10.Tesco (Rawang)
11. KIP Mall (Bangi)

image

antara hadiah percuma yang bakal anda perolehi

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun bukan calang-calang. Ada rumah hamster, alat permainan berbulu, bandana, bow tie dan macam-macam lagilah. Masa nak beli tue, pastikan korang tengok dulu produk apa yang ada hadiah. Produk tersebut akan ada “something attached” kepadanya. Semua yang ada HADIAH PERCUMA ini adalah produk jenama SmartHeart. Contoh macam kat bawah nie.

image

Selain daripada hadiah percuma, PETBOX ini memang menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk haiwan peliharaan anda. Untuk arnab ada, untuk hamster ada, untuk ikan ada, untuk kucing ada. Pendek kata, macam-macam ada.

image

image

Jadi tunggu apa lagi? Belilah makanan kucing anda di PETBOX dan dapatkan hadiah PERCUMA untuk kucing kesayangan. Maklumat lanjut layari http://petsteronline.com. Selamat membeli!!!

PS: Jangan lupa untuk singgah sebentar ke FB SmartHeart Malaysia untuk pelbagai promosi. Dengar cerita mereka selalu bagi sampel makanan percuma juga!

Written by Bella | December 22nd, 2017

Iqram Dinzly nama yang sejak beberapa hari ini tidak henti menjadi bualan hangat netizen gara-gara sikapnya yang dikatakan semakin pelik. Terbaru, netizen sekali lagi dikejutkan dengan status di Instagram Iqram yang ingin menawarkan diri untuk melakukan aksi tidak senonoh iaitu seks oral dengan seorang lelaki.

Status tersebut menggunakan perkataan yang lucah dan pada masa yang sama ingin memberi amaran kepada lelaki berkenaan.

Semuanya bermula apabila Iqram dipercayai merasa bengang dengan kenyataan seorang lelaki dikenali sebagai Zaidi Zainal yang menegur sikap pelik Iqram dan menyatakan fikiran artis itu mula  terganggu sejak ayah beliau kembali ke rahmatullah.

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada sesetengah komen netizen boleh membuatkan seseorang itu semakin tertekan dan murung, tetapi ada juga ingin mendoakan agar Iqram kembali pulih dan mendapatkan rawatan pakar untuk apa jua masalah yang beliau sedang hadapi. Kami juga sebenarnya mengharapkan Iqram terbuka hati ke arah itu dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Kita tidak tahu apa sebenarnya “pergelutan” jiwa yang beliau lalui sekarang.

Page 47 of 3,600« First...102030...4546474849...607080...Last »