MB Negeri Sembilan ‘Ditendang’, 14 Adun BN Tarik Balik Sokongan

Berita

MB Negeri Sembilan ‘Ditendang’, 14 Adun BN Tarik Balik Sokongan

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini mengumumkan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sikamat.

Pengerusinya, Jalaluddin Alias berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara melibatkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN negeri susulan krisis adat yang sedang berlaku ketika ini, seperti memetik Kosmo Online.

Advertisement

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan kestabilan kerajaan negeri serta kelangsungan pentadbiran.

Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Menurut beliau, kesemua lima ADUN PN kini mengikuti rapat perkembangan krisis kepimpinan kerajaan negeri yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

“Kami mewakili rakyat Negeri Sembilan berasa kesal kerana krisis ini menjejaskan keberkesanan pentadbiran sehingga Sidang Dewan Undangan Negeri terpaksa ditangguhkan tanpa tarikh baharu,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Beliau dalam masa sama mendakwa situasi tersebut menunjukkan Menteri Besar, Aminuddin Harun gagal menangani krisis berkenaan secara bertanggungjawab.

sfs

Mohamad Hanifah turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa meletakkan kepentingan negeri dan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.

Dalam sidang akhbar sama, beliau turut menyerahkan surat kerjasama kepada wakil UMNO Negeri, Mustapha Nagoor yang juga ADUN Palong.

Krisis politik di Negeri Sembilan dilihat semakin meruncing apabila sebelum ini, 14 ADUN BN negeri dilaporkan sebulat suara hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pas
2026-04-27 12:44:49

PAS Luah Hasrat Rampas Kerusi Parlimen Muar , Dakwa Syed Saddiq Sibuk 'Berendut' Dengan Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...