PAS dilaporkan meletakkan sasaran untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada penyandangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.
Menurut laporan Malaysia Gazette, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed berkata, selain itu pihaknya turut memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Beliau menjelaskan bahawa kesiapsiagaan jentera parti kini sedang diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri berkenaan.
“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.”
Dalam masa sama, beliau turut mengeluarkan kenyataan yang mencuri perhatian apabila menyentuh mengenai kerusi Parlimen Muar.
“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astillah,” katanya ketika berucap pada Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Pusat Komuniti PAS Muar, Parit Tarom, Muar pada Ahad.
Program berkenaan telah dirasmikan oleh Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, selain turut melancarkan jentera pilihan raya PAS Johor.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Sahruddin Jamal serta Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Johor, Nornekman Osman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
