Pemuda Dari Terengganu Dijatuhkan Hukuman 4 Tahun Di Penjara Jepun – “Kami Harapkan Keajaiban”

Berita

Pemuda Dari Terengganu Dijatuhkan Hukuman 4 Tahun Di Penjara Jepun – “Kami Harapkan Keajaiban”

Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani, 24, yang ditahan di Toyamanishi, Jepun, baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Rendah Toyama atas tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Namun, peguam yang dilantik oleh keluarganya, Datuk Noor Svetlana Mohd Noor Nordin, berkata hukuman itu akan berjalan serentak dari tarikh penangkapan pada 18 November 2025, yang bermakna jumlah hukuman akan dikurangkan kepada tiga tahun sembilan bulan.

Noor Svetlana mengumumkan bahawa pihak mereka akan memasukkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi untuk proses selanjutnya. Mereka juga berharap akan ada “keajaiban” untuk Faiq memandangkan terdapat peruntukan dalam Artikel 25 Kanun Keseksaan Jepun yang membolehkan hukuman digantung, memberi peluang kepada Muhammad Faiq Zafran untuk pulang ke Malaysia dengan syarat tertentu.

Advertisement
Pemuda dari jepunSumber : Berita Harian  

Kelmarin, Noor Svetlana bersama bapa mangsa, Mohd Jailani, pergi ke Jepun buat kali kedua untuk menghadiri perbicaraan dan mendengar keputusan yang dijatuhkan ke atas Muhammad Faiq Zafran.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Faiq yang berlepas ke Jepun pada November lalu dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di negara itu, yang membawa kepada penahanannya di Toyama. Terdapat maklumat yang tidak benar mengenai tangkapannya, termasuk laporan awal yang mendakwa dia ditahan bersama wang dan emas bernilai sekitar RM500,000.

Faiq disiasat di bawah Artikel 246 (1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan penipuan serta Artikel 60 yang melibatkan kesalahan dilakukan secara bersama-sama, yang hampir serupa dengan Seksyen 420 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Malaysia.

Noor Svetlana turut berkongsi bahawa pada sesi perbicaraan semalam, buat pertama kalinya ayahnya dapat bercakap dengan Muhammad Faiq Zafran melalui jurubahasa. – BERITA HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-25 12:11:06

SPRM Bekukan Akaun Bank Padini Holdings Bhd, Dakwa Terlibat Kes Berkaitan Penggubahan Wang Haram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...