Penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi tampil menjelaskan sebab dirinya masih meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza walaupun pernah berdepan situasi yang mengancam nyawa sebelum ini.
Menurut Heliza, risiko adalah sebahagian daripada kehidupan manusia, lebih-lebih lagi apabila terlibat dalam misi kemanusiaan di kawasan bergolak seperti Gaza.
Katanya, pengalaman mencemaskan yang pernah dilalui tidak mematahkan semangatnya untuk terus membantu mereka yang memerlukan.
“Kalau Allah letakkan kita di mana-mana tetap ada risiko sebagai manusia.
“Akhirnya kita akan tetap kembali, itu pasti. Maka, buat lah pilihan berbakti sebelum kembali.”
Heliza berkata demikian selepas suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mempersoalkan keputusannya untuk menyertai semula misi tersebut walaupun mengetahui risiko yang bakal dihadapi.

Sebelum ini, Heliza pernah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika berada dalam tahanan bersama pasukan misi kemanusiaan tahun lalu.
Menurut perkongsian Heliza, mereka didakwa tidak diberikan keperluan asas seperti air dan ubat-ubatan sepanjang berada di penjara.
Heliza turut mendakwa, selepas dibebaskan, mereka tiba-tiba diberikan air mineral dan roti, seolah-olah ia dirancang bagi menunjukkan naratif bahawa mereka menerima layanan baik sepanjang ditahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
