(TERKINI) Tuan ZRA Antara Tiga Rakyat Malaysia Yang Ditahan Tentera Negara Haram

Berita

(TERKINI) Tuan ZRA Antara Tiga Rakyat Malaysia Yang Ditahan Tentera Negara Haram

Pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan bersama dua lagi rakyat Malaysia oleh tentera Israel susulan insiden pintasan kapal misi kemanusiaan, awal pagi tadi.

Memetik laporan Berita AlHijrah dan Harian Metro, Zainal dilaporkan berada di atas kapal Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.

Advertisement

Terdahulu, media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan ancaman apabila 11 kapal mereka dipintas oleh tentera Israel berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.

Insiden tersebut turut didakwa melibatkan ugutan penculikan serta keganasan oleh tentera Zionis, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan peserta misi.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram Sumud Nusantara.

“Tindakan ini mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.”

“Kerajaan mesti bertindak segera untuk melindungi flotilla ini serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan genosid berterusan terhadap rakyat Palestin.

“Dunia tidak boleh berdiam diri. Lindungi flotilla, tamatkan kepungan, bebaskan Palestin,” tulisnya.

Dalam masa sama, tentera laut Israel dilaporkan turut menghubungi rombongan GSF melalui kapal Greenpeace Arctic Sunrise.

Menerusi komunikasi tersebut, pihak tentera Israel menyatakan bahawa sebarang usaha untuk memecahkan sekatan maritim ke atas Semenanjung Gaza dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-30 10:39:31

Bukan Empat, Tapi Sembilan Isteri! Suami Puk*l Isteri Hingga Keguguran 'Aim' Wanita Kerja Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...