Bukan Empat, Tapi Sembilan Isteri! Suami Puk*l Isteri Hingga Keguguran ‘Aim’ Wanita Kerja Kerajaan

Berita

Bukan Empat, Tapi Sembilan Isteri! Suami Puk*l Isteri Hingga Keguguran ‘Aim’ Wanita Kerja Kerajaan

Polis percaya seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya sehingga keguguran menggunakan taktik menyasarkan wanita berkerjaya tetap, khususnya penjawat awam, untuk dijadikan isteri bagi menyara kehidupannya, memetik Sinar Harian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati suspek berusia 43 tahun itu telah berkahwin sebanyak sembilan kali, dan kesemua isteri serta bekas isterinya merupakan penjawat awam.

Advertisement

rosmaini

“Suspek difahamkan masih mempunyai tiga isteri dan pernah berkahwin sebanyak sembilan kali. Suspek mencari pasangan yang mempunyai kerja tetap kerana dia tidak mempunyai kerja yang stabil.”

“Apa yang boleh kami katakan, suspek ini seorang yang panas baran kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau yang melibatkan Seksyen 325, Seksyen 323, Seksyen 318 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Rabu.

Menurut beliau, suspek berjaya ditahan di sebuah inap desa sekitar bandar raya berkenaan pada Selasa, susulan laporan yang dibuat oleh abang mangsa pada 23 April dan mangsa sendiri pada 26 April.

(VIDEO) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Ditangkap, Tiba Di Mahkamah Sungai Petani Untuk Direman

“Polis menerima laporan berhubung kejadian keganasan rumah tangga sehingga mendatangkan kecederaan parah melibatkan seorang wanita berusia 39 tahun yang dipukul oleh suaminya di Ambangan Heights di Sungai Petani.”

“Pada awalnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan tetapi ia telah ditukar kepada Seksyen 326 kanun sama selepas mendapati mangsa dipukul menggunakan beberapa objek, antaranya batang besi dan penyangkut baju plastik sehingga menyebabkan mangsa lebam di seluruh badan, patah rusuk bahagian kiri, kanan dan tulang belakang serta keguguran,” katanya.

Tambahnya, suspek yang mempunyai 11 orang anak kini direman selama tujuh hari sehingga 5 Mei bagi membantu siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rosmaini
2026-04-29 10:43:31

(VIDEO) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Ditangkap, Tiba Di Mahkamah Sungai Petani Untuk Direman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...