(VIDEO) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Ditangkap, Tiba Di Mahkamah Sungai Petani Untuk Direman

Berita

(VIDEO) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Ditangkap, Tiba Di Mahkamah Sungai Petani Untuk Direman

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Ambangan Heights, Sungai Petani, Khamis lalu, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sungai Petani pagi tadi bagi proses permohonan reman.

Suspek yang memakai pakaian lokap serta berpelitup muka dilihat tiba dengan kenderaan polis kira-kira pukul 8.30 pagi. Turut kelihatan di lokasi adalah beberapa ahli keluarga mangsa.

Advertisement

Sebelum ini, suspek dilaporkan diburu pihak berkuasa sebelum berjaya diberkas di Alor Setar pada petang semalam.

Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah berkata, suspek telah ditahan dan proses permohonan reman akan dijalankan di Mahkamah Sungai Petani hari ini.

“Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.”

Dalam masa sama, keluarga mangsa menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang suami yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, selain berharap dia segera diadili mengikut undang-undang.

“Dia Dianiaya Penghuni-Penghuni Neraka” – Hantaran Peguam Bela Lelaki Puk*l Bini Sehingga Cedera Parah Undang Kritikan Ramai

Difahamkan, mangsa yang merupakan penjawat awam berusia 39 tahun bukan sahaja dicederakan, malah keguguran akibat kejadian tersebut.

Lebih membimbangkan, suspek juga dipercayai mempunyai rekod kes lampau dan sedang berdepan proses mahkamah berkaitan kes mencederakan bekas isterinya di Johor beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu, mangsa didakwa dipukul menggunakan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir serta batang penyapu hingga mengalami kecederaan serius.

Selain itu, suspek turut didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan mangsa berjumlah kira-kira RM50,000.

Pasangan berkenaan dilaporkan berkahwin di Thailand pada Disember lalu, namun perkahwinan mereka masih belum didaftarkan di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dfds
2026-04-27 10:24:48

"Dia Dianiaya Penghuni-Penghuni Neraka" - Hantaran Peguam Bela Lelaki Puk*l Bini Sehingga Cedera Parah Undang Kritikan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...