Hubungan Cinta Nora Danish Dan Mickey Ayo Sudah Berakhir? – “Saya Tiada Kekasih…”

Hiburan

Hubungan Cinta Nora Danish Dan Mickey Ayo Sudah Berakhir? – “Saya Tiada Kekasih…”

Pelakon Nora Danish mengakui hubungan mesranya dengan lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo tidak dapat diteruskan apabila kedua-duanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Menurut Nora atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, keputusan itu dibuat secara baik tanpa sebarang konflik, sebaliknya atas faktor kesibukan dan ketidaksefahaman.

Advertisement

“Saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Sebelum ini mungkin ada fasa mengenali hati budi seseorang, tetapi kami ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing.”

“Sekarang kami cuma berkawan. Saya pun memang berkawan dengan semua orang.”

“Keputusan ini dibuat kerana masing-masing sibuk selain faktor ketidaksefahaman dari pelbagai segi. Ini adalah jalan terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Poskad Cinta Dari Istanbul.

Menjawab spekulasi, Nora menegaskan keputusan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya. Katanya, hubungan baik yang terjalin dengan bekas pasangan adalah demi anak-anak mereka.

“Saya sangat selesa dengan hubungan sekarang bersama bekas-bekas suami. Kami bersahabat selain sama-sama memastikan kesejahteraan anak terjaga,” ujarnya.

Pelakon itu juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama bekas suaminya, Nedim Nazri, namun menegaskan mereka kini lebih selesa dengan hubungan sebagai rakan.

“Jika orang mengharapkan kami kembali bersama (rujuk), saya rasa buat masa ini kami lebih bahagia dengan cara begini.”

“Namun, saya tidak berani mengatakan ‘tidak’ kerana semuanya berbalik kepada ketentuan Allah. Apa yang boleh saya katakan, saya dan bekas-bekas suami sangat selesa berkawan.”

Tinjauan di media sosial turut mendapati tiada lagi perkongsian foto bersama Nora dalam akaun Instagram Mickey Ayo.

Selai itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-28 14:32:46

Penampilan Gaun Bella Astillah Undang Reaksi, Netizen Minta Lebih Sopan - "Bakal Isteri YB, Takkanlah Macam Ni.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...