Penampilan Gaun Bella Astillah Undang Reaksi, Netizen Minta Lebih Sopan – “Bakal Isteri YB, Takkanlah Macam Ni..”

Hiburan

Penampilan Gaun Bella Astillah Undang Reaksi, Netizen Minta Lebih Sopan – “Bakal Isteri YB, Takkanlah Macam Ni..”

Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian ramai apabila tampil menggayakan gaun rona biru yang didakwa agak terdedah.

Menerusi perkongsian di Threads, Bella dilihat mengenakan busana dengan potongan belakang bahu terbuka sehingga memperlihatkan tali pakaian dalam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Advertisement

j

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dan berpendapat penampilan tersebut tidak sesuai, malah ada yang menasihatkan agar Bella tampil lebih sopan serta menjaga penampilan.

Selain itu, segelintir netizen turut mengingatkan selebriti berkenaan supaya menjaga imej diri dan keluarga, lebih-lebih lagi selepas dikaitkan dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

k

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed dilaporkan menyasarkan untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada Syed Saddiq pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Dalam masa sama, beliau turut mendakwa bahawa Syed Saddiq terlalu sibuk dengan hal peribadi sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jehan miskin
2026-04-28 12:01:02

Jehan Miskin Kongsi Mengenai Kehidupan Terkini Bersama Keluarga- "Anak Saya Bangga Jadi Orang Malaysia, Berjiwa Patriotik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...