Jehan Miskin Kongsi Mengenai Kehidupan Terkini Bersama Keluarga- “Anak Saya Bangga Jadi Orang Malaysia, Berjiwa Patriotik”

Hiburan

Jehan Miskin Kongsi Mengenai Kehidupan Terkini Bersama Keluarga- “Anak Saya Bangga Jadi Orang Malaysia, Berjiwa Patriotik”

Bahagia menjalani perkahwinan campur, pelakon Jehan Miskin mengakui bertuah apabila anak tunggalnya berpeluang menikmati keistimewaan dua budaya iaitu Malaysia dan Korea.

Jehan atau nama sebenar Mohd. Jehan Miskin, 46, berkata anaknya, Axel Nova Rhee Jehan yang kini berusia lima tahun membesar sebagai individu yang menghargai keharmonian dalam kepelbagaian.

Advertisement

“Bagi saya perkahwinan daripada dua budaya unik dengan adanya toleransi dan kesefahaman. Macam kami, dua-dua budaya kami perkenalkan kepada anak.”

“Inilah menariknya Malaysia, meraikan kepelbagaian. Namun pada masa sama identiti sebagai rakyat Malaysia tetap diutamakan.”

“Anak saya juga sangat bangga jadi orang Malaysia dan dia berjiwa patriotik,” katanya kepada HibGlam.

Bagaimanapun, pelakon filem Qaisy & Laila itu mengakui cabaran terbesar adalah memastikan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian di rumah.

“Di rumah memang tiada orang cakap Melayu. Isteri saya berbahasa Korea dan Inggeris, mentua pun Korea. Secara tidak langsung, anak saya lebih banyak menggunakan dua bahasa itu.”

“Jadi untuk berbahasa Melayu kena usaha lebih. Walaupun anak saya belajar bahasa Melayu di sekolah dan menunjukkan minat, penggunaan harian tetap memainkan peranan penting. Saya kena usaha lebih untuk ajar anak bertutur bahasa Melayu.”

“Memang dia tunjuk minat, cuma sebab tak selalu dengar dan tak selalu bertutur, saya kena letak usaha lebih untuk membimbingnya,” ujarnya.

Menyedari kepentingan bahasa kebangsaan, Jehan menegaskan akan terus memberi tunjuk ajar serta lebih kerap menggunakan bahasa Melayu di rumah.

Terdahulu, Jehan mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Korea Selatan, Julie Camelia Rhee Abdullah pada tahun 2013.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amanda
2026-04-28 08:53:58

Anak Norish Karman Tegur Netizen Gara-Gara Disuruh Cari Kerja - "Itu Bukan Nasihat, Itu Kutuk"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...