Pernah tak korang tengah syok strim muzik video-muzik video kegemaran, tiba-tiba keluar logo buffering? Pergh, sakitnya tu di sini, di dalam hatiku!
Bukan setakat spoil mood je, kami yakin anda mesti dah hilang rasa seronok nak tengok sampai habis betul tak?
Cuba strim muzik video “Terbaik Untukku – Elica Paujin” yang baru saja dilancarkan. Tapi, awal-awal kami nak pesan, siapa yang ada pengalaman terpaksa melepaskan sesuatu yang sangat disayangi, kami yakin anda pasti turut merasakan emosi daripada lagu ini.
Jangan risau, U Mobile baru saja melancarkan ULTRA Prepaid dengan pelan yang cukup berbaloi, paling best, kesemua pelan ini menawarkan internet berkelajuan tahap ULTRA, 100 kali lebih pantas!
Nak tahu lebih lanjut, jom kami spill!
Berbaloi Dengan Harga, Boleh Dapat Kuota Sehingga 500GB!
Kalau anda pengguna prabayar U Mobile, ini adalah berita yang cukup menarik untuk korang ketahui, di mana korang berpeluang menikmati kuota data kelajuan tanpa had sehingga 500GB pada harga serendah RM28 sahaja. Seriuslah?!
Bukan itu saja, ia juga didatangkan bersama ULTRAHOTSPOT dengan internet berkelajuan ultra! Haa, anda nak binge-watch muzik video-muzik video mendunia, pada masa sama nak kongsi hotspot bersama adik-beradik yang naik main video game, tak jadi masalah lagi dah!
Dalam siri ini ada beberapa jenis pelan, tapi kalau anda nak yang menguntungkan diri dari segi harga dan kuota, pelan ULTRA Prepaid 38 adalah pilihan yang tepat.
Apa yang best dengan pelan ini adalah, anda boleh dapat data internet sebanyak 250GB kelajuan tanpa had dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian hanya pada RM38 saja. Ya, 250GB pada RM38 saja tu dah kira menguntungkan!
Bayangkan dengan kelajuan yang ditawarkan ni, anda boleh strim video atau binge-watch drama kegemaran pada resolusi tinggi dan boleh layan media sosial tanpa sebarang gangguan. Seronokkan?
Sekadar info, ULTRA Prepaid U Mobile menyokong 5G SA, iaitu rangkaian yang berdiri sendiri tanpa bergantung pada 4G, menawarkan internet lebih pantas dengan sambungan yang lebih stabil.
Untuk anda yang menetap di kawasan bandar, kami yakin ada masa mesti anda frustrated dengan kelajuan internet kan?
Jangan risau, kami pernah try, dengan pelan ULTRA Prepaid, kami dapat capai tahap kelajuan internet mencecah 1.4 Gbps dan boleh pergi lebih tinggi. Ini membolehkan kami layan drama beresolusi tinggi, main permainan video mahupun muat naik kandungan video tanpa gangguan. Nak video call pun tak ada masalah!
Rangkaian Diberi Keutamaan Di Tempat Sesak, U Mobile ‘Level Up’ Kemampuan Mereka
Lagi best, U Mobile hadir dengan ciri ULTRA5G Priority tau. Apa kelebihan ULTRA5G Priority ni?
Kalau anda ke tempat yang sesak berkepadatan tinggi seperti stadium atau dalam bangunan dan memerlukan ketersambungan yang laju, ciri ini adalah penyelamat anda.
Menerusi ciri ini, ia akan membolehkan anda untuk dapat akses rangkaian berkeutamaan semasa tempoh sesak, di mana kalau pada waktu itu kebanyakan orang sedang menggunakan rangkaian, ada potensi internet akan jadi sedikit perlahan.
Jadi, dengan ULTRA5G Priority, anda boleh ‘step up’ daripada yang lain dengan rangkaian anda diutamakan. Bestkan, barulah boleh jadi yang terawal update di media sosial!
Ciri ini ditawarkan secara fleksibel melalui pembelian atas permintaan pada harga RM2 untuk sejam dan RM5 untuk 3 jam. Tapi, anda boleh dapat 2 pas ULTRA5G Priority secara percuma dengan melanggan pelan ULTRA Prepaid 50.
Kalau anda nak rasai sendiri pengalaman internet berkelajuan pantas ini, dapatkan pek permulaan serendah RM10 yang boleh didapatkan dalam talian atau di mana-mana cawangan U Mobile.
Menerusi pek permulaan ini, anda boleh menikmati 20GB data kelajuan tanpa had, panggilan tanpa had dan percuma ULTRAHOTSPOT.
Nikmati Kelajuan Internet Pantas Dengan Harga Berbaloi Bersama U Mobile
Bila tengok balik kesemua kelebihan yang ada pada ULTRA Prepaid U Mobile ni, jujur cakap memang sangat berbaloi jika nak dibandingkan dengan jenama lain. Kalau anda tak percaya, anda boleh buat perbandingan sendiri.
Jom tukar kepada pelan ULTRA Prepaid U Mobile sekarang! Kalau nak kekalkan nombor sedia ada pun boleh, pilih saja Switch to U semasa melakukan pembelian SIM, atau maklumkan pada kakitangan U Mobile di cawangan berdekatan.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi U Mobile atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
