Isteri Mahu Bercerai, Terkejut Dapat Tahu Suami Ambil 8 Polisi Insurans Atas Namanya, Netizen Nasihat – “Ada Sebab Dia Taknak Lepas”

Kehidupan

Isteri Mahu Bercerai, Terkejut Dapat Tahu Suami Ambil 8 Polisi Insurans Atas Namanya, Netizen Nasihat – “Ada Sebab Dia Taknak Lepas”

Apa yang anda akan lakukan jika mendapat tahu pasangan sendiri mengambil bukan satu, tetapi lapan polisi insurans atas nama anda tanpa pengetahuan penuh anda?

Berkongsi kisahnya di Threads, wanita itu mendedahkan bahawa dia sudah sampai ke tahap tidak mampu bertahan selepas mendakwa dirinya dilayan seperti “punching bag” dan sering dipersalahkan sepanjang enam tahun perkahwinan.

Advertisement

Menurutnya, keadaan menjadi semakin tegang apabila dia menyuarakan hasrat untuk menamatkan perkahwinan, namun didakwa berdepan bantahan dan ugutan.

isnurans

“Suami saya telefon saya dan hampir sejam dia menyalahkan saya atas semua perkara yang berlaku sepanjang enam tahun ini,” tulisnya.

Wanita itu berkata, suaminya menuduh dia tidak pernah menyumbang dan tidak bersyukur, sekali gus membuatkan dirinya sangat terluka.

“Selepas menyenaraikan semua kesalahan saya, dia kata dia tak mahu bercerai dan mengugut saya supaya teruskan perkahwinan.”

Keengganan suaminya untuk melepaskan dirinya, walaupun pelbagai isu sudah dibangkitkan, membuatkan wanita itu berasa keliru dan penat secara emosi.

Penemuan 8 Polisi Insurans Cetus Kebimbangan

Di tengah-tengah konflik yang sedang berlaku, wanita itu menemui sesuatu yang membuatkannya semakin mempersoalkan niat suaminya.

Dia mendakwa pada awalnya menyangka hanya ada satu kad perubatan atas namanya, namun kemudian mendapati sebenarnya terdapat lapan polisi insurans berbeza yang diambil untuk dirinya.

isteri

“Saya tak tahu nak rasa apa. Patutkah saya gembira sebab dia nak lindungi saya, atau risau kalau apa-apa berlaku, dia akan terima semua pampasan?”

Pendedahan itu membuatkan wanita berkenaan berasa tidak senang, terutama kerana dia tidak mengetahui sepenuhnya tentang kewujudan polisi-polisi tersebut.

Tekad Teruskan Perceraian Walaupun Didakwa Diganggu

Walaupun berdepan pelbagai perkara, wanita itu berkata dia tetap bertekad untuk meneruskan proses perceraian.

Di ruangan komen, ramai netizen menasihatinya supaya lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-04 14:10:53

"Saya Tak Malu Langsung" – Lelaki Malaysia Raih RM8K Sebagai Tukang Cuci Di Singapura, Anggap Kerjanya Satu Rezeki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...