“Saya Tak Malu Langsung” – Lelaki Malaysia Raih RM8K Sebagai Tukang Cuci Di Singapura, Anggap Kerjanya Satu Rezeki

Kehidupan

“Saya Tak Malu Langsung”  – Lelaki Malaysia Raih RM8K Sebagai Tukang Cuci Di Singapura, Anggap Kerjanya Satu Rezeki

Pada usia 25 tahun, Shahrul Nizam Suhaimi sudah berdepan stigma yang mungkin membuatkan ramai orang berasa rendah diri. Namun, dia tetap bangga dan bersyukur dengan kerjayanya sebagai tukang cuci di Singapura.

Hampir tiga tahun, Shahrul berulang-alik setiap hari dari Gelang Patah, Johor ke Singapura demi menyara keluarga, walaupun ada segelintir pihak memandang rendah terhadap pekerjaannya.

Advertisement

sfs

Namun, di sebalik pandangan tersebut, Shahrul akhirnya menemui ketenangan. Keputusannya menerima kerja itu bukan kerana terpaksa mengalah, tetapi kerana melihatnya sebagai peluang untuk membina masa depan.

‘Dulu Saya Pernah Rasa Malu’

Shahrul mengakui pada awalnya dia pernah berasa malu dengan pekerjaan tersebut.

“Saya dulu pernah rasa malu kerana stigma terhadap kerja ini, lebih-lebih lagi sebab saya masih muda,” kata Shahrul.

Namun lama-kelamaan, dia belajar menerima realiti hidupnya. Pendapatan yang diperoleh juga mencukupi untuk menyara isteri dan anaknya. Bagi Shahrul, pekerjaan itu bukan soal status, tetapi soal tanggungjawab terhadap keluarga dan berpegang pada nilai hidupnya.

sg

Menerusi TikTok, Shahrul turut berkongsi perjalanan hidupnya serta pengalaman harian sebagai tukang cuci. Perkongsiannya mendapat perhatian ramai, namun tidak semua reaksi yang diterima positif.

‘Orang Tak Tahu Saya Sudah Banyak Kali Cuba Dan Hadir Temu Duga’

Ada yang mempersoalkan mengapa dia memilih bekerja sebagai tukang cuci, lebih-lebih lagi kerana Shahrul pernah memperoleh 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kira-kira lapan tahun lalu.

“Ada yang kata, ‘Oh, dia cuma tukang cuci’, tapi bila mereka tahu saya bekerja di Singapura, mereka mula tanya ada kerja kosong atau tidak.”

Namun, Shahrul tetap dengan pendiriannya. Menurutnya, dia sudah berusaha mencari pekerjaan lain, tetapi belum ada rezeki.

Dia Dihormati Di Tempat Kerja

Shahrul melihat pekerjaannya sebagai satu rezeki dan peluang untuk menyara keluarga, termasuk mengirim wang belanja kepada ibu bapanya.

Walaupun kerja itu tidak mudah, Shahrul berkata dia tetap dihormati di tempat kerja.

“Orang di sini tidak pernah pandang rendah kepada kami. Mereka kongsi makanan, beri tip dan selalu menegur kami,” katanya dengan bangga.

Biarpun masih ada yang memandang sinis terhadap pekerjaannya, Shahrul tidak mudah tergugat. Di Singapura, pendapatannya termasuk kerja lebih masa mencecah SGD2,400 atau sekitar RM8,005.80 sebulan, sekali gus membolehkannya menjaga keluarga dan menjalani kehidupan dengan lebih selesa. – NST

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ujang
2026-05-04 11:41:05

Kini Sakit Tenat, Kartunis Ujang Maafkan Individu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Konflik Hak Cipta Karya - "Saya Maafkan Semuanya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...