Norreen Iman Hadir Mahkamah Syariah, Fail Pengesahan Lafaz Cerai

Hiburan

Norreen Iman Hadir Mahkamah Syariah, Fail Pengesahan Lafaz Cerai

Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman Abdullah dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Norreen, 32, tampil berpakaian serba hitam dan ditemani suaminya, Mohd Raizi Abd Razak bagi prosiding yang berlangsung di hadapan hakim syarie, Nadiah Khamis.

Advertisement

Bagaimanapun, kedua-dua mereka memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status rumah tangga selepas keluar dari dewan bicara sekitar jam 1.30 petang.

“Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini,” katanya ringkas kepada media.

Difahamkan, permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Norreen selaku plaintif pada bulan ini.

suami norreen iman

Sebelum ini, timbul spekulasi rumah tangga pasangan tersebut bergolak apabila mereka dilihat tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-28 14:32:46

Penampilan Gaun Bella Astillah Undang Reaksi, Netizen Minta Lebih Sopan - "Bakal Isteri YB, Takkanlah Macam Ni.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...