Kes Gangguan Seksu*l: Ebit Lew Diperintah Bela Diri, Perbicaraan Sambung Oktober

Berita

Kes Gangguan Seksu*l: Ebit Lew Diperintah Bela Diri, Perbicaraan Sambung Oktober

Pendakwah terkenal, Ebit Lew diperintah oleh mahkamah untuk membela diri terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nur Asyraf Zolhani selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Advertisement

Mahkamah turut menetapkan 13 hingga 16 Oktober ini sebagai tarikh untuk Ebit Lew mengemukakan pembelaannya.

Sepanjang perbicaraan yang bermula sejak September 2022, seramai 18 saksi pendakwaan telah dipanggil bagi memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Ebit didakwa melakukan kesalahan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dengan menghantar gambar serta kata-kata lucah menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kk
2026-04-30 14:03:57

Kanak-Kanak Hilang 3 Hari Dipercayai Jatuh Longkang Ditemui Di Sungai Buloh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...