Jahidah Nordin, 48, dilaporkan menitiskan air mata selepas dimaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap bekas suaminya, Rosmaini Abdul Raof.
Rosmaini, 43, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini, selepas disabitkan atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah, lima tahun lalu.
Adik Jahidah, Fauziah Nordin, 45, berkata walaupun hukuman itu tidak mampu mengembalikan kehidupan normal kakaknya, dia tetap berpuas hati dengan keputusan mahkamah, ucapnya ketika ditemui Harian Metro.

“Mula-mula saya ingatkan hukumannya hanya penjara 10 tahun sahaja. Tetapi apabila baca tajuk, dia dipenjara 14 tahun, saya bersyukur walaupun ia tidak setimpal dengan apa yang dilalui Kak Jahidah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Menurut Fauziah, ketika membaca berita tersebut, dia berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di rumah, dia terus mendapatkan kakaknya dan memaklumkan mengenai hukuman yang dikenakan terhadap bekas suami Jahidah.
“Saya segera pulang dan terus dapatkan kakak. Walaupun dia tidak beri respon, tetapi saya beritahu dia mengenai hukuman yang dihadapi bekas suaminya.
“Saya nampak perubahan pada mukanya, kakak nampak lega, tenang dan secara tiba-tiba air matanya menitik. Saya juga tidak dapat menahan perasaan,” katanya.
Fauziah berkata, hukuman tambahan serta bayaran ganti rugi yang dikenakan terhadap Rosmaini mungkin menjadi asbab doa Jahidah yang selama ini menjadi mangsa paling teraniaya.
(TERKINI) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Dipenjara 14 Tahun
Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman maksimum terhadap Rosmaini selepas panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Panel hakim yang dipengerusikan Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid turut memerintahkan Rosmaini membayar ganti rugi RM25,000 kepada mangsa, atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
