Amira Othman Umum Bersara Dari Dunia Lakonan – “Biar Mereka Yang Lebih Berbakat”

Hiburan

Amira Othman Umum Bersara Dari Dunia Lakonan – “Biar Mereka Yang Lebih Berbakat”

Penyanyi Amira Othman mengumumkan keputusan untuk tidak lagi aktif dalam bidang lakonan demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga.

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, berkata minatnya terhadap dunia lakonan tidak sedalam kecintaannya terhadap muzik, sekali gus menjadi faktor utama dia mengambil keputusan tersebut.

Advertisement

“Memang saya sudah tak berlakon lagi. Mungkin sebab saya tidak mempunyai minat mendalam dalam bidang ini berbanding arena muzik.”

“Kalau komedi ringan mungkin boleh, tetapi watak berat biarlah diberikan kepada mereka yang lebih berbakat. Macam telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul terbitan saluran UTV, ini pun sebab saya dan suami menjadi duta jenama Amber.”

“Jadi saya sedia masuk set penggambaran untuk memenuhi komitmen yang sudah dijanjikan. Apa pun, fokus saya adalah nyanyian dan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem berkenaan.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut berkongsi bahawa pembabitannya dalam naskhah tersebut didorong oleh peluang untuk berlakon bersama suami selain komitmen sebagai duta jenama.

Dalam masa sama, Amira menganggap pengalaman berlakon sebelum ini sebagai satu proses pembelajaran, namun mengakui kekangan masa menjadi cabaran utama.

Selain Amira dan Fattah, telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul yang ditayangkan secara eksklusif di aplikasi UTV turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Nora Danish, Bell Ngasri dan Sherry Alhadad.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-30 14:21:21

Seniwati Legenda Maria Menado Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...