Respon Syed Saddiq Ketika Dipanggil ‘Suami’ Oleh Bella Astillah Buat Peminat Tak Keruan

Hiburan

Respon Syed Saddiq Ketika Dipanggil ‘Suami’ Oleh Bella Astillah Buat Peminat Tak Keruan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian apabila turun padang bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah untuk berkongsi rezeki dengan mangsa kebakaran di Sabah.

Namun, momen paling mencuri tumpuan adalah apabila seorang individu secara tidak sengaja ‘tersasul’ memanggil Syed Saddiq sebagai suami kepada Bella.

Advertisement

“Boleh tak nak ambil gambar, sekali dengan suami,” kata individu tersebut.

“Boleh-boleh, suami pun boleh,” seloroh Syed Saddiq, sekali gus mengundang tawa Bella yang berada di sebelahnya.

Rakaman situasi itu pantas menjadi perhatian netizen, dengan ramai yang terhibur melihat reaksi spontan kedua-duanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan meninggalkan pelbagai reaksi lucu.

“Masalahnya, YB yang blushing, hahaha, comel lah.”

“Laju YB jawab ‘boleh-boleh’.”

“Suka YB eh orang tersasul sebut suami.”

Terdahulu, Bella Astillah dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq pada 28 Mac 2026.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amira othman
2026-04-30 14:48:38

Amira Othman Umum Bersara Dari Dunia Lakonan - "Biar Mereka Yang Lebih Berbakat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok