Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 1254
Written by Bella | August 1st, 2015

Tahniah kami ucapakan kepada penyanyi rap yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted iaitu Waris yang kini sudah sah bergelar suami kepada Izzati Amirah Kamaruddin hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Kamaruddin Md Sidek dalam satu majlis pernikah di Surah Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Seri Kembangan kira-kira jam 5.42 petang tadi.

Waris memberi mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran berjumlah RM15,000 kepada pihak perempuan. Kedua-dua mereka memberi 9 dulang hantaran.

Waris ketika ditemui pihak media selepas majlis akad nikah meluahkan rasa syukur apabila segalanya berjalan dengan lancar  dan mengharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat beliau dan isteri dalam melayari bahtera perkahwinan.

Esok pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di kediaman pihak perempuan.

InshaAllah, semoga anda berdua kekal bahagia sehingga ke ahir hayat. Apa yang penting selalulah setia dengan pasangan dan menghadapi segala liku dalam perkahwinan dengan penuh kesabaran

Sumber Berita: Berita Harian

 
Written by Bella | August 1st, 2015

Baru-baru ini aktor Sharnaaz Ahmad mengesahkan bahawa hubungan percintaan beliau bersama Anis Al- Idrus sudah tamat sejak lima bulan lalu. Walaupun Sharnaaz selama ini tidak pernah mengakui mereka sedang bercinta.

Terbaru menerusi portal mStar Online, Anis memberitahu keputusan mereka untuk berpisah adalah jalan terbaik buat masa ini dan menganggap jodoh tidak berpihak pada mereka.

Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami. Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam.

Namun, baik Sharnaaz mahupun Anis kedua-duanya tidak mahu mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut kerana ingin menjaga hati keluarga masing-masing.

Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami.

Sementara itu, Anis berkata beliau sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu dan percaya, apa yang berlaku merupakan ujian Allah yang mempunyai hikmah tersendiri.

Pekara ini sudah lima bulan berlaku, saya sudah baik-baik sahaja, kami ambil keputusan itu secara matang dan saya percaya Allah sudah merancang yang terbaik buat kami.

Sebelum ini pun ramai yang berteka teki mengenai hubungan mereka, Sharnaaz Ahmad pun pernah membuat kenyataan tidak akan mengakui Anis Al- Irus sebagai teman wanitanya, tiba-tiba dah putus pulak.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | July 31st, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Abby Abadi atas berita gembira yang telah dikongsikan menerusi akaun Instagramnya. Abby Abadi bakal menamatkan zaman jandanya pada 14 Ogos ini. Lelaki yang berjaya mencuri hati Abby Abadi dikenali sebagai Jai Ezzany. Sebelum ini Abby pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang ustaz yang bergelar Ustaz Khairul Azli. Nampak gayanya tiada jodoh antara mereka berdua.

abby abadi kahwin lagi

Menariknya Abby sempat berkongsi sedikit sebanyak tentang perkenalannya dengan Jai. Mereka telah berkenalan sejak tahun 2013 namun hanya mula rapat pada Disember 2014 selepas berurusan atas urusan kerja. Tulis Abby panjang lebar:-

#WalimatulUrus #JaiAbby. Alhamdullillah. #14August2015 akan menjadi kenangan terindah buat kami. Buat Sy & En @jaiezzany. Kenal dari 2013, tp tak perasan sangat. December 2014 berhubung semula atas urusan kerja. Terus berhubung baik sehinggalah akhirnya ‘jodoh’ datang tak terduga. Panjang nak cerita..

Apapun, kami ambil keputusan utk mempercepatkan ‘kerja baik’ ini agar sentiasa berada di bawah keredhaan ALLAH & tidak terlibat dgn perkara2 yg tidak diingini. Beberapa minggu je lagi ni… Syukur ALLAH permudahkan segala perancangan kami. Terima Kasih ALLAH atas jodoh ini. Doakan ini akan jadi ‘perkahwinan’ yg terakhir buat kami. . .

Kami umumkan utk pengetahuan semua, Agar tiada cerita2 yg direka. InshaALLAH, Cuma tak termampu rasanya nk jemput semua disini hehe.. Kad kahwinpun kalau tempah tak sempat siap, jadi begini jelah jemputnya huhu…. Ampun Maaf dipinta ye. Yg mengenali, yg dekat, Sahabat2… Tunggu Sy msg nanti k. Simpan date ni dulu…

Majlis pernikahan akan berlangsung pada 14hb August nanti di sebuah Masjid di Keramat. Makan2 ‘Kasih Sayang’ akan di buat pada 16hb August pulak, inshaALLAH. Sekali dgn Makan2 bersama Keluarga UMAIMA ye. Temanya pun ‘Peach’ ikut warna tema UMAIMA hehe… Persiapan disaat2 akhir… Memang menyesakkan dada…

Nk mohon bantuan info utk Dewan, Pakej Perkahwinan , Baju, Make up, doorgift, semualah… Tolong Sy please… Hanya ALLAH dpt membalasnya

abby abadi kahwin lagi

Semoga jodoh ini adalah yang terbaik dan yang terakhir buat Abby Abadi. Kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan. 14 Ogos hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Marilah kita doakan agar segala persiapan berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan buat Abby dan Jai. Semoga dengan perkahwinan ini, akan dimurahkan lagi rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Amin.

Written by Bella | July 31st, 2015

Mempunyai peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Israel dan Palestin sekitar Mei lalu, Mawi memberitahu pengalaman berada di sana jauh berbeza daripada apa yang tersebar di media.

Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan. Apa yang boleh saya katakan, tempat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih.

Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih. Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Sepanjang 12 hari  disana beliau berpeluang melawati beberapa tempat di Palestin dan Israel sekaligus menjalani penggambaran dokumentari berjudul Mawi di Bumi Mikraj.

Antara tempat yang Mawi kunjungi ialah masjid Al-Aqsa, masjid Buraq selain turut terserempak dengan remaja yang membawa senjata salah satu perkara yang biasa di sana, ketika berkunjung ke pasar malam di  Palestin sehingga membuatkan dia meremang bulu roma.

Satu lagi pengalaman menarik, ketika di Tel Aviv, saya sempat pergi ke pasar malam di satu kawasan di situ. Ketika sedang berjalan-jalan saya ternampak dua anak muda remaja yang hanya memakai seluar pendek dan baju-t tetapi apa yang mengejutkan saya mereka memengang senjata jenis M16 sedang berlegar-legar di situ.

Rupanya memang sentiasa ada remaja yang memang seperti sudah biasa membawa senjata jenis itu di mana-mana. Agak terkejut juga saya melihatnya, mulanya saya ingat senjata permainan tetapi memang senjata sebenar. Mungkin itu cara mereka berkawal.

Mawi antara insan yang bertuah kerana dapat berkunjung ke negara Palestin dan Israel semoga satu hari nanti kami juga dapat ke sana untuk melihat sendiri kehidupan saudara Muslim di sana dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup.

Sumber Berita: Malaysian Digest