Penumpang Tak Perlu Lagi Bersesak Atau Hadap ‘Tin Sardin’, 26 Tren Baru Untuk Laluan LRT Kelana Jaya Disasar Pada Tahun 2031

Berita

Penumpang Tak Perlu Lagi Bersesak Atau Hadap ‘Tin Sardin’, 26 Tren Baru Untuk Laluan LRT Kelana Jaya Disasar Pada Tahun 2031

Bagi ratusan ribu warga kota yang bergantung kepada LRT Laluan Kelana Jaya setiap hari, pengalaman perjalanan yang selesa adalah satu keperluan, bukannya kemewahan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang tahun 2023, pengguna sering berdepan dengan situasi yang mencabar.

Dengan kapasiti tren mencecah 115% pada waktu puncak dan merekodkan 36 gangguan perkhidmatan setahun, ramai penumpang terpaksa berhimpit dalam tren yang sesak, di mana ia merupakan satu keadaan yang cukup sinonim dengan gelaran “tin sardin”.

Advertisement

Fasa naik taraf, dana bernilai RM1.15 bilion

Kerajaan dan pihak pengurusan telah melancarkan fasa naik taraf bersejarah dengan suntikan dana bernilai RM1.15 bilion. Sebanyak RM150 juta sedang dilaburkan untuk menaik taraf sistem isyarat Automatic Train Control (ATC) kepada teknologi SelTrac Generation 8.

laluan lrt kelana jaya terima 26 tren baru

Meskipun kerja-kerja pengujian ini mungkin memberikan sedikit gangguan operasi pada hujung minggu, usaha ini merupakan langkah proaktif bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar di masa hadapan.

26 tren baru

Berita yang paling dinanti-nantikan sudah pastilah peruntukan RM1 bilion di bawah Belanjawan 2026 bagi perolehan 26 set tren baharu berkapasiti tinggi. Ini merupakan sinar baru buat pengguna, di mana tren-tren lama siri Bombardier 818 bakal digantikan secara berperingkat.

26 tren baru untuk laluan lrt kelana jaya

Difahamkan, tren pertama dijadualkan tiba pada tahun 2029, dengan sasaran penggantian penuh selesai menjelang tahun 2031.

2024-08-06 19:34:37

Lambat Datang Kerja Disebabkan Kelewatan Tren? Anda Boleh Minta ‘Train Delay Slip’ RapidKL Untuk Tunjuk Pada Bos

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.