Seorang lelaki berasal dari Jakarta, Indonesia tular kerana meminta bantuan orang ramai menerusi satu hantaran yang dibuatnya di Facebook, baru-baru ini.
Berdasarkan hantaran itu, lelaki berkenaan telah memuat naik fotonya bersama tiga isteri yang memakai jubah dan niqab berwarna hitam.
Masih kurang satu, ada sesiapa tahu bagaimana dapat tutup kuota empat isteri?.

Gara-gara meminta warga maya membantunya mencari isteri baru untuk dijadikan isteri keempat, hantaran tersebut tular dan lelaki itu menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.
Ada yang tertanya bagaimana ketiga-tiga isterinya itu boleh meminati dan bersetuju berkahwin dengan lelaki berkenaan dan segelintir individu pula mencadangkan agar orang bertanya kepada isteri-isterinya sama ada cukup atau tidak nafkah yang diberikan kepada mereka setiap bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
