Gosip Artis Malaysia Terkini & Gambar Artis Malaysia Terbaru Sensasi - Part 3998
Written by AbangNara | September 2nd, 2009

ogawa sales

#Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel yang terbaru.

Minggu lepas kami telah pergi melepakkan diri kat Pavilion Shopping Centre. Saja nak hilangkan stress bekerja dan stress membaca gosip dunia hiburan Malaysia. Tengah jalan-jalan tiba-tiba nampak segerombolan manusia tengah berkumpul kat kedai OGAWA. Nampak macam ada sesuatu yang menarik kat OGAWA nie. Kami pun apa lagi join lah sekali masuk dalam kedai OGAWA nie. Rupa-rupanya manusia-manusia yang ramai tadi semua tengah mencuba produk terbaru daripada OGAWA.

ogawa sales

Pergh memang best gila dapat try kerusi urut Ogawa, terus hilang lenguh satu badan. Kerusi urut paling HOT ialah Ogawa Smart Aire Massage Chair. Bila baring atas  Ogawa Smart Aire Massage Chair ni, korang boleh rasa camna Syed Muzaffar rasa masa dia nak berlepas naik space shuttle tu.  Sebab kerusi ni direka ikut rekabentuk kerusi angkasawan so masa duduk atas Ogawa Smart Aire Massage Chair ni, hampir tiada tekanan kat tulang belakang. Patutlah rasa macam di awangan sambil bahu di uli-uli.

Memang layan abis lah,sampai RedMummy pon conquer taknak kasi orang lain try. Cuba korang tengok betapa feelnya muka akak Red kat gambar bawah tue bila dia dah dapat duduk atas OGAWA Smart Aire nie.

ogawa sales

Terpaksalah Bang Nara try kerusi lagi satu, Ogawa Smart Mate. Layan gak Ogawa Smart Mate , habis satu badan kena urut dengan hanya tekan-tekan kat remote control. Lepas baca pamplet Ogawa Smart Mate , baru tahu rupa-rupanya kerusi ni:-

  • Lancarkan peredaran darah ke seluruh badan
  • Boleh terus set satu sesi urut 60 minit, kalau berenti tengah-tengah nanti kerusi akan sambung balik, cerdik betul
  • Ada urutan gaya Swedish

Sememang pasti, tiada yang tak pasti yang Ogawa Smart Mate nie memang paling sesuai untuk orang macam Abang Nara yang rajin bekerja dan banyak guna computer. Boleh tidur atas kerusi ni sambil kena urut satu malam pastu bangun pagi esok terus boleh tulis 10 post! Dijamin badan akan segar 100% hasil kesan penggunaan Ogawa Smart Mate nie.

ogawa sales

Skang cuba korang bayangkan kalau masa raya,  kalau korang ada sebijik Ogawa Smart Aire ataupun Ogawa Smart Mate nie kat rumah. Kompem member-member dan sedara mara yang datang beraya semuanya berebut-rebut nak try kerusi Ogawa ni. So apa kata untuk memeriahkan lagi Hari Raya kita kali nie,  jom kita ramai-ramai pergi shopping kat OGAWA. Sebab sekarang ni OGAWA tengah ada Mega Raya Promotion, boleh dapat diskaun sehingga 50%, dan boleh beli barangan guna voucher diskaun yg boleh print online . Cuba korang tengok harga barangan OGAWA kat bawah tue. Memang murah gila-gila punya. Nie semua bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba nie. Apa yang perlu korang buat cuma klik link nie dan print voucher dia. Print jer sebanyak mana yang korang nak dan jangan lupa tau share-share voucher nie dengan mak ayah, sedara-mara dan kawan-kawan korang.

ogawa sales

Dan ada lagi satu promosi yang tersangatlah bestnya. Nak tau? Pergi ke OgawaWorld.net untuk tau lebih lanjut pasal Ogawa Mega Raya Promotion nie. Jangan terkejut pulak kalau kami cakap anda berpeluang untuk menang voucher shopping bernilai sampai RM10,000. Yang lagi best, korang pun ada chance untuk bershopping dengan Abang Aznil. Apa tunggu lagi?

“Kami yakin betul Abang Aznil, kami nak shopping raya kali nie dengan OGAWA”

ogawa sales

 
Written by AbangNara | September 2nd, 2009

kalau  benar  Kris Dayanti curang dan ada lelaki lain, memang patut Anang menceraikan dia dengan talak 3. Siap anak mereka yang sulung nampak Kris Dayanti dengan lelaki lain dalam bilik tidur, itu dah tahap melampau weh.

Banyak angin-angin gosip yang bertiup kata Kris Dayanti ni memang banyak affair dengan lelaki, mungkin Anang dah sampai tahap hilang sabar, dan bertahan lama sangat. Tu yang terus talak 3. tapi kalau kata nak rujuk balik, rasanya bukan susah, ramai gila yang sanggup kahwin ngan Kris Dayanti. Cuma bila dah dapat Kris Dayanti, sapa yang nak lepaskan, betul tak?

 
Written by AbangNara | September 2nd, 2009

yunalils

DUNIA artis tidak pernah diidamkan oleh penyanyi indie, Yuna memandangkan dia mencuba nasib dalam industri seni ini sekadar untuk menghiburkan peminat muzik tempatan.

“Saya hanya buat (menghasilkan) muzik untuk orang gembira..,” begitulah luahan Yuna yang tidak menyangka dirinya kini berada sebaris dengan artis-artis ‘mainstream’ yang lain.

Mengenali pemilik nama Yunalis Zarai ini, orangnya tidak sombong, peramah dan meminati dunia muzik, fesyen juga pandai melukis.

Biarpun dirinya sudah dikenali dan menjadi perhatian ramai, Yuna masih tidak mahu orang melabelkan dirinya sebagai ‘artis’.

Kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini dalam nada rendah diri, “Saya tak suka dinamakan artis tetapi saya lebih suka digelar pemuzik.

“Kalau jadi artis..kita akan jadi terkenal.. tidak seronok pula. Banyak lagi yang saya kena capai untuk menjadi terkenal.

“Misalnya Datuk Siti Nurhaliza, dia memang layak untuk menjadi artis. Saya rasa diri ini ‘kecil’ dan masih tiada apa-apa lagi..,” luahnya yang turut bercita-cita untuk mengadakan konsert atau showcase seperti Datuk Siti.

 
Written by AbangNara | September 2nd, 2009

memang bertuah betul Nora Danish ni, semua oranglah sayang kat dia. Keluarga ex-mertua pon sayang, keluarga sendiri makin sayang sebab bagi deorang cucu/anak buah yang comel, peminat pon sayang sebab Nora Danish makin hot. Yang tak sayang Nora Danish mungkin sorang aje..hehe.

“Saya tidak pernah sedih dengan kehidupan yang saya jalani hari ini. Malah saya bersyukur kerana ia semakin membahagiakan.


Kami rasa, ibu-ibu tunggal ni memanglah tabah dan kuat. Mungkin kerana dok tengok muka anak yang cute miut, takkanlah ibu-ibu tunggal nak menangis sama sebab ditinggalkan suami kan. Anak nangis, mak pon nangis..tak ke haru macam tu. So deorang pon menguatkan hati untuk berdikari. Demi anak-anak. Nak mengadu malam-malam pon dah takde tempat mengadu, tak cukup duit nak beli susu anak pon terpaksalah simpan sorang-sorang.

Bravo Nora Danish, dan juga ibu-ibu tunggal yang lain~~ hidup mesti diteruskan walaupon pahit. cewah. Kak Nara melaporkan dari bilik berita.