“Tu Video Lama..” – Isu ‘Rap’ Di Majlis Agama, Waris Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Reputasi?

Hiburan

“Tu Video Lama..” – Isu ‘Rap’ Di Majlis Agama, Waris Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Reputasi?

Tular petang tadi sebuah video yang memaparkan penyanyi, Waris sedang ‘rap’ di sebuah majlis agama hingga membuatkan dirinya dikecam ramai.

Sedar akan kecaman yang diterima, penyanyi tersebut tidak berdiam diri dan membuat satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Advertisement

Menurutnya, video tersebut merupakan rakaman lama yang saja dimuat naik semula oleh individu yang memungkiri janji kerana ingin menjatuhkan reputasi beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bookings (+60 18 288 3487) (@warisn9)

Dalam pada masa yang sama, Waris turut meminta orang ramai agar berhati-hati dengan sebaran video-video viral yang ada dan minta untuk tidak mudah percaya.

Tambahannya lagi, sebab dirinya membuka mulut kerana tidak mahu netizen ditipu ‘hidup-hidup’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Sekadar info, sekitar jam 2 petang tadi, tular sebuah video memaparkan Waris menyanyi rap di majlis agama dan kelihatan ustaz-ustaz di dalam majlis berkenaan tidak selesa ketika dia melakukan persembahan terbabit.

Waris nyanyi rap di majlis agama
2 years ago

"Kot Ye Pun Takde 'Job'.." - Waris 'Rap' Dalam Majlis Agama, Jelas Muka-Muka Ustaz Tak Selesa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...