Ibu Syed Saddiq Sebak Terima Kad Tulisan Tangan Bella Astillah, Janji Simpan Sampai Akhir Hayat

Hiburan

Ibu Syed Saddiq Sebak Terima Kad Tulisan Tangan Bella Astillah, Janji Simpan Sampai Akhir Hayat

Setiap perkongsian mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah sering menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hubungan rapatnya bersama keluarga Syed Saddiq.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan keluarga Ahli Parlimen Muar itu, Bella dilihat menghadiahkan pemberian istimewa bersama sekeping kad ucapan kepada ibu dan kakak Syed Saddiq.

Advertisement

Namun, perkara yang paling menyentuh hati ramai adalah luahan bakal ibu mentuanya, Sharifah Mahani mengenai kad tulisan tangan Bella tersebut.

“Pada mama, yang lebih berharga kad itu sebab Bella terangkan mengenai perasaan hati dia yang sebenar-benarnya. “

“Dan itu yang mama simpan. Insya-ALLAH mama akan simpan kad itu sampai akhir hayat mama. Ia sangat bermakna,” katanya penuh sebak.

Luahan penuh kasih sayang itu turut membuatkan ramai warganet sebak melihat cara Bella diterima dan dihargai oleh keluarga bakal mentuanya.

Malah, ramai turut meluahkan rasa gembira melihat Bella kembali menikmati kebahagiaan, selain mendoakan hubungannya bersama Syed Saddiq berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

“Cara mama sayang Bella tu ikhlas sangat,” tulis seorang netizen.

“Dulu dia dibuang tetapi kini betul-betul disayangi dan dihargai. You deserve it Bella,” kongsi seorang lagi pengguna Threads.

Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.

Pasangan yang dijoloki dengan singkatan #BASS itu dijangka mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-11 15:03:36

Pakai Baju Seksi Ketika Jual Pasta Amore In Cucina - "Nak Suruh Saya Pakai Jubah Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...