Pelakon Nabila Huda tampil menjawab kritikan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak mengikut prosedur serta piawaian penyediaan makanan yang betul ketika berniaga menerusi projek jelajah Amore in Cucina.
Menerusi hantaran di Threads, Nabila, 42, menjelaskan projek tersebut bukanlah perniagaan besar, restoran atau festival makanan, sebaliknya dilakukan secara santai untuk bertemu peminat dan berkongsi hasil masakannya.

Menurut Nabila, projek itu lebih kepada aktiviti peribadi yang dilakukan dengan ikhlas, manakala kerjaya sebagai pelakon tetap menjadi keutamaannya.
“Yang kenal saya tahu, selama 42 tahun hidup, karier sebagai pelakon tetap nombor satu dalam hidup. Jual makanan ini hanya suka-suka. Buat ikhlas dari hati sebab saya nak berjalan jumpa orang yang sokong saya dan rasa masakan.”
Jelasnya lagi, setiap lokasi persinggahan hanya melibatkan jumlah jualan yang kecil dan bukan dilakukan untuk mengejar keuntungan besar.
Dalam masa sama, Nabila turut meluahkan rasa kecewa apabila bukan sahaja projek jualannya dikritik, malah penampilannya turut menjadi bahan kecaman.
“Yang saya pelik kenapa ramai sangat cari salah saya? Sampai pemakaian pun jadi isu. Yang kecam ini expect saya pakai jubah ke? Saya bukan buka restoran, hanya pop up store sahaja.”
“Kadang sedih juga bila benda yang dibuat dengan ikhlas bertukar jadi benda orang kecam every single thing. Saya tak kacau hidup orang. Tak faham kenapa ada yang mata merah sangat tengok kita nak seronok sokong saya.”
Mengakhiri perkongsian tersebut, Nabila menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu sibuk menilai kehidupan orang lain.
“Saya bukan seorang yang hipokrit. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Your time will come soon. Cuma agaknya lambat sikit sebab perangai busuk hati itu lah lambat rezeki nak masuk sebenarnya.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
