Masih Berharap, Abang Tawar RM12k Jika Acap Ditemui Sebelum Raya Aidilfitri

Berita

Masih Berharap, Abang Tawar RM12k Jika Acap Ditemui Sebelum Raya Aidilfitri

Masihkah anda ingat mengenai kisah misteri kehilangan Mohammad Ashraf Hasan,30, yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) di Gua Tempurung?

Sehingga ke hari ini, ahli keluarga Mohammad Ashraf atau lebih mesra dikenali sebagai Acap itu masih lagi giat mencari di mana keberadaan pemuda itu kerana yakin bahawa dia masih hidup.

Advertisement

Semalam, abang kandung Acap, Denny Lang ada memuat naik sebuah hantaran di Facebook yang menawarkan wang ganjaran bernilai RM12,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menemui adiknya itu sebelum Syawal ini.

Siapa yang berjaya menemui adik saya, Acap sebelum raya, saya akan hadiahkan wang tunai sebanyak RM12,000.

Dalam pada itu, Denny juga meluahkan rasa kesal kerana masyarakat sering mengaitkan kehilangan Acap dengan perkara mistik seperti disembunyikan makhluk halus bunian.

Acap gopengSumber : Google  

Malah, ada juga yang mendakwa Acap tidak mahu pulang ke ‘dunia’ kerana sudah berkahwin dengan Puteri Bunian.

Ada yang kata dia lari ada yang kata dia berkahwin dengan bunian dan tak nak balik, ada pula yang kata ditangkap jin kerana mencuri batu makan siput dan macam-macam lagi.

Luah Denny, spekulasi seperti itu merupakan hasil daripada ‘content’ Youtuber dan juga ‘influencer’ yang ketandusan idea dan mencari modal untuk menaikkan populariti masing-masing.

Dia juga berharap orang ramai dapat menghentikan segala khabar angin seperti itu kerana mereka sekeluarga kini masih bersedih dan berharap Acap untuk kembali pulang.

Bungee jumping tak pakai safety helmet
8 bulan lalu

(VIDEO)"Nyawa Tiada Ganti.."- Wanita Buat Bungee Jumping Tak Pakai 'Safety Helmet' Bikin Netizen Seriau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    April 4, 2022 at 7:10 am

    berdoa

Loading...