Peguam Syarie Dedah Suami Buat Main Lafaz Sumpah Cerai, Terus Kena ‘Kifarah’ Luar Mahkamah

Kehidupan

Peguam Syarie Dedah Suami Buat Main Lafaz Sumpah Cerai, Terus Kena ‘Kifarah’ Luar Mahkamah

Kisah seorang lelaki yang didakwa menerima balasan selepas bermain dengan sumpah lafaz cerai mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan oleh seorang peguam syarie, Iezwan Ielias yang berkongsi kisah mengejutkan melibatkan kliennya berhubung kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah.

Advertisement

sdf

Menurut Iezwan, semuanya bermula apabila si isteri memfailkan pengesahan lafaz cerai selepas suaminya didakwa beberapa kali mengeluarkan lafaz taklik dan lafaz cerai kinayah.

Difahamkan, lafaz tersebut dikatakan berlaku hanya kerana si isteri bertanya mengenai mesej daripada beberapa wanita yang dianggap tidak elok.

Tidak berpuas hati dan mahu mendapatkan kepastian, si isteri kemudian menghubungi peguam untuk menguruskan fail pengesahan lafaz cerai di mahkamah.

s

Bagaimanapun, defendan sekali lagi tidak hadir pada tarikh sebutan kedua dan didakwa berkeras enggan memberi kerjasama untuk menyelesaikan isu pengesahan lafaz cerai tersebut.

Susulan itu, lelaki berkenaan dikenakan notis amaran supaya hadir pada tarikh sebutan ketiga.

Namun pada hari kejadian, defendan dikatakan berkali-kali bersumpah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai tersebut, malah menyebut akan ditimpa musibah sekiranya dia berbohong.

sss

Namun, kira-kira 10 minit selepas itu, defendan dilaporkan terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

Akibat kejadian itu, defendan dikatakan cedera parah termasuk patah tulang rusuk, paru-paru bocor serta mengalami pendarahan teruk di kepala dan kini berada di zon kritikal.

“Allahuakbar, benda yang biasa kita dengar dan momokkan betul-betul jadi pada client aku. Satu nasihat aku, jangan sesekali main dengan sumpah. Merana,” kata Iezwan Ielias.

parapl
2026-05-11 14:31:21

Bekas Atlet Paralimpik Koh Lee Peng Dilihat Meraung, Netizen Dakwa Kerusi Roda Rosak Jadi Punca

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...