“Pendirian Saya Tak Berubah” – Syed Saddiq Jawab Salam Yassin, Doakan Semoga Dapat Pembelaan Terbaik Di Mahkamah

Berita

“Pendirian Saya Tak Berubah” – Syed Saddiq Jawab Salam Yassin, Doakan Semoga Dapat Pembelaan Terbaik Di Mahkamah

Terdahulu, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya berikutan penahanannya kerana mengusahakan ladang mini tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Susulan itu, Yasin turut sempat ‘mengirim salam’ pada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Sadiq dan meminta untuk menyegerakan isu kebenaran penggunaan kanabis untuk perubatan di Parlimen.

Advertisement

Tampil menjawab salam, YB Syed Saddiq telah memuat naik hantaran di laman Facebook miliknya dan menyatakan pendiriannya terhadap isu kanabis dalam perubatan di Malaysia.

syed

Sejak menjadi menteri pada 2018-2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, YB Dr Dzulkefly turut mengeluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan MOH untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia. Malah, disambut dan diteruskan di bawah Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin.

Saya doakan Yasin dapat pembelaan yang terbaik di mahkamah. Pendirian saya tidak berubah. We should legalise Medical cannabis NOW!

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mengambil tanggungjawab dalam memperkenalkan industri itu di negara ini dan mengakui bahawa ianya bukan satu tugas yang mudah tetapi akan diusahakan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan terdapat perkembangan yang baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yasin
2 years ago

"Kirim Salam YB Syed Sadiq.." - Yassin Sulaiman Berdepan Hukuman Mati Berikutan 'Ladang Mini' Pokok Ganja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...