“Kirim Salam YB Syed Sadiq..” – Yassin Sulaiman Berdepan Hukuman Mati Berikutan ‘Ladang Mini’ Pokok Ganja

Berita

“Kirim Salam YB Syed Sadiq..” – Yassin Sulaiman Berdepan Hukuman Mati Berikutan ‘Ladang Mini’ Pokok Ganja

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 10 pagi berikutan penahanannya kerana mengusahakan ladang mini tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu, lapor Astro Awani.

Dia yang diiringi beberapa pegawai polis sempat mengirimkan ‘kiriman salam’ pada YB Syed Sadiq di hadapan para media bertugas.

Advertisement

Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen.

Penyanyi terkenal itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya di mana sebelum ini media telah melaporkan bahawa pihak polis telah membongkar kegiatan Yasin menanam pokok ganja di kediamannya untuk kegunaan sendiri.

Dalam serbuan itu, pihak polis telah menemui 17 pokok dipercayai ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Kanabis YasinSumber : mStar Online  

Selain itu, dua plastik berisi ketulan mampar daun kering ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan juga alat pengudaraan turut ditemui dengan nilai rampasan bernilai hampir RM10,200.

Suspek juga didapati positif THC dan mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti dadah sejak 10 tahun yang lalu. Dia juga jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan tidak kurang dari 15 sebatan.

belum booster boleh dine-in, pergi mall
8 bulan lalu

"Boleh Makan Macam Biasa" - KJ Umum Tak Perlu 'Booster' Untuk 'Dine-In', Masuk Pusat Beli Belah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...