“Boleh Makan Macam Biasa” – KJ Umum Tak Perlu ‘Booster’ Untuk ‘Dine-In’, Masuk Pusat Beli Belah

Berita

“Boleh Makan Macam Biasa” – KJ Umum Tak Perlu ‘Booster’ Untuk ‘Dine-In’, Masuk Pusat Beli Belah

Terbaharu, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ membuat pengumuman penerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm serta yang berusia 60 tahun ke atas yang masih belum menerima booster, dibenarkan untuk makan di restoran seperti biasa.

Bukan saja makan di restoran, malah mereka juga dibenarkan untuk pergi ke pusat membeli-belah biarpun belum menerima dos vaksin yang ketiga itu.

Advertisement

Menurut KJ, biarpun status vaksinasi penuh sudah tiada dalam MySejahtera bermula 1 April, mereka boleh saja pergi kemana-mana, namun beliau masih menegaskan untuk orang ramai mengambil dos penggalak bagi melindungi diri dari jangkitan COVID-19.

belum booster boleh dine-in, pergi mall

Melalui laporan The Star juga, sesiapa yang belum menerima booster bukan saja boleh dine-in ataupun pergi ke pusat membeli-belah, malah mereka juga boleh kunjungi tempat keagamaan, sekiranya sudah terima dos primer.

Dalam pada itu, KJ sempat menjelaskan dos primer itu merupakan dua dos vaksin yang diterima ramai seperti vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca serta Sinovac dan wajib untuk melepasi tempoh 14 hari selepas menerimanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

nurul
8 bulan lalu

"Semua Nak Letak Kat 'Socmed'" - Isu Pensyarah Hina B40, Nurul Zahid Sokong Tindakan Pensyarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...