“Semua Nak Letak Kat ‘Socmed'” – Isu Pensyarah Hina B40, Nurul Zahid Sokong Tindakan Pensyarah

Hiburan

“Semua Nak Letak Kat ‘Socmed'” – Isu Pensyarah Hina B40, Nurul Zahid Sokong Tindakan Pensyarah

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang memperlekehkan pelajar B40 kerana tidak memiliki komputer riba telah mengundang kecaman netizen.

Anak kepada Presiden Umno iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid turut tidak ketinggalan memberikan pendapatnya tentang isu tersebut.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Nurul Hidayah berpendapat menyokong kata-kata pensyarah berkenaan.

Profesor tu marah sebab sudah semester lima tak ada laptop. Ya orang susah tapi sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yang utama sebagai prioriti.

Selain itu, beliau turut  mengatakan bahawa budaya menghebahkan atau memviralkan sesuatu perkara di sosial media bukanlah tindakan yang bijak dilakukan oleh pelajar tersebut.

Zaman sekarang laki marah bini masuk socmed. Bini marah laki masuk socmed. Gaduh laki bini, sakit hati semua nak letak dekat socmed. Kena marah dengan pensyarah pun masuk socmed.

Dalam pada itu, Nurul turut menjelaskan bahawa kata-kata pensyarah berkenaan bukan kerana menghina B40, namun akibat terlalu kecewa.

Ramai jer org B40 yg berjaya dan ramai juga yang buat part time kerja untuk beli laptop.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

uitm ambil tindakan keatas pensyarah
2 years ago

"Kejadian Berlaku Semester Lepas.." - UiTM Akan Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah 'Herdik' Pelajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...