“Kejadian Berlaku Semester Lepas..” – UiTM Akan Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah ‘Herdik’ Pelajar

Berita

“Kejadian Berlaku Semester Lepas..” – UiTM Akan Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah ‘Herdik’ Pelajar

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) meluahkan kata-kata agak kasar terhadap pelajarnya yang membuatkan netizen tidak senang duduk.

Susulan video yang sudah tersebar luas itu, pihak UiTM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak terbabit kerana telah memperlekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba semasa sesi kelas atas talian.

Advertisement

Melalui laporan Harian Metro, Naib Canselor UiTM iaitu Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata pihak mereka sedang menelitikan kes terbabit serta memikirkan tindakan selanjutnya yang hendak diberikan kepada pensyarah itu.

Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pensyarah terbabit sebenarnya seseorang yang baik hati, namun mungkin berlaku sedikit perselisihan faham ketika itu.

Sekadar info, melalui video tular di TikTok itu, jelas terdengar pensyarah itu menyuruh kakak kepada pelajar tersebut menjual gelang emas untuk membeli komputer riba.

viral pensyarah hina pelajar b40
2 years ago

Pelajar Dihina Hanya Kerana Tiada Laptop, Kenyataan Pensyarah Perlekeh B40 Buat Netizen 'Panas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...