Pelajar Dihina Hanya Kerana Tiada Laptop, Kenyataan Pensyarah Perlekeh B40 Buat Netizen ‘Panas’

Hiburan

Pelajar Dihina Hanya Kerana Tiada Laptop, Kenyataan Pensyarah Perlekeh B40 Buat Netizen ‘Panas’

Tular di media sosial pagi ini apabila sebuah video memaparkan seorang pensyarah bergelar profesor telah memarahi pelajarnya hanya kerana tidak memiliki komputer riba.

Ini berikutan pengajian atas talian mula dipraktikkan oleh sistem pendidikan negara kerana wabak pandemik yang mula melanda dunia sejak beberapa tahun yang lalu.

Advertisement

Dalam video tersebut, pensyarah itu bertanya kepada pelajar tersebut sama ada dia memakai telefon bimbit atau komputer ketika sesi kuliah tersebut.

lecturer hina b40Sumber : Twitter  

Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?

Menjawab persoalan itu, pelajar itu berkata bahawa dia tidak mempunyai komputer dan bapanya tidak bekerja selain ibunya juga sudah meninggal dunia.

Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja? Kau tak ada adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.

Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran.

Berikutan itu, video tersebut kemudiannya menjadi ‘viral’ dan meraih perhatian ramai netizen yang rata-ratanya meluahkan perasaan marah dengan tindakan pensyarah itu yang dianggap sebagai tidak mempunyai empati.

Ianya kemudian turut mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr Noraini Ahmad yang telah mengambil maklum mengenai isu tersebut dan satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan Majlis Perwakilan Pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menyelar tindakan pensyarah tersebut menghina pelajar golongan B40.

kenyataan UITM

MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini.

pakej kejut sahur
2 years ago

“Siap Boleh Panggil Sayang..”- Pakej Kejut Sahur Serendah RM2 Untuk Anda Yang ‘Single’

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...