Written by AbangNara | May 14th, 2013

Terkejut beruk Abang Nara membaca luahan hati ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohd, 48 tahun di Mstar Online. Tak sangka Afiq Muiz sudah berubah sehingga ibu sendiri melabelkannya sebagai anak derhaka. Afiq kena cepat-cepat pergi memohon ampun maaf kepada ibunya.

afiq mui

Kata ibu Afiq Muiz:-

Dia sudah berubah… seperti anak derhaka. Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu.

Tambah menyedihkan, perubahan ini berlaku selepas Afiq dikatakan mempunyai seorang teman wanita yang juga merupakan seorang pelakon. Tambah ibu Afiq Muiz lagi:-

Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq. Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu

afiqTambah teruk lagi, ibu Afiq Muiz mendedahkan yang dia pernah menerima SMS ugutan dan kasar bahasa daripada kekasih anaknya itu. Malah, Afiq pernah menghabiskan RM30,000 dalam tempoh masa sebulan setelah ibunya membuat semakan akaun bank.

Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni. Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya. Afiq… Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi… kembalilah pada Umi dan ingatlah… syurga itu di bawah telapak kaki ibu

afiq muizNamun Afiq yang diminta memberikan respons mengenai pendedahan ibunya ini memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang masalah. Kata Afiq Muiz:-

Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini? Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi

Takkanlah si ibu nak membohong kan? Kepada Afiq, insaflah. Ibu anda yang menjaga anda selama ini. Jangan dilupa jasa tersebut. Kalau kekasih anda itu membuatkan anda berubah, tinggalkanlah sahaja si kekasih. Redha ibu lebih penting daripada kekasih anda.

P.S: Harga kereta Suzuki Swift CKD diumumkan

 
Written by AbangNara | May 14th, 2013

Selepas tersebarnya video Sharifah Sakinah yang boleh dikategorikan agak lucah, pelbagai kritikan dan kutukan telah diterima oleh empunya badan. Secara jujur, memang tak wajar video sebegitu dirakamkan oleh seseorang yang bergelar selebriti beragama Islam. Agak memalukan.

video sharifah sakinah

Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Sharifah Sakinah memohon maaf dan berkata video tersebut adalah sekadar gurauan. Kata Sharifah Sakinah:-

Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan. Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu

video sharifah sakinahVideo tersebut telah pun dipadamkan oleh Anzalna. Semoga kejadian ini akan dijadikan pengajaran buat Sharifah Sakinah dan artis-artis lain. Kalau kemaruk sangat nak buat video, buat video Gwiyomi pun ok dah. Lebih terserlah kecomelan berbanding video mengarut sebelum ini.
ronasutraP.S: Ada masalah kulit sehingga susah nak makeup? Tak perlu risau kerana Ronasutra adalah mineral makeup yang dicipta khusus untuk kulit bermasalah dan sensitif. Sekali cuba, pasti akan terus suka. Layari www.ronasutra.com untuk info lanjut.

Written by AbangNara | May 13th, 2013

Salah seorang artis MIG iaitu Linda Roslan telah pun melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu yang lepas. Dengan sekali lafaz sahaja, Linda Roslan telah pun sah menjadi isteri kepada Aizul Marcello. Jutaan tahniah diucapkan.
gambar perkahwinan linda roslanPasangan pengantin ini memang sama cantik dan sama padan. Semoga perkahwinan mereka akan berkekalan sehingga ke syurga. Sama-samalah kita doakan.
gambar perkahwinan linda roslanAnda boleh mengucapkan tahniah kepada pasangan ini menerusi Twitter Linda Roslan. Beberapa keping lagi gambar sekitar majlis pernikahan dan persandingan Linda Roslan dan Aizul Marcello dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Harga kereta VW Polo GTI telah direndahkan.

 
Written by serenity | May 13th, 2013

Pada Sabtu lepas, pelakon Norish Karman telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 39 di sebuah majlis di Plaza Damas, Sri Hartamas. Majlis ini dikatakan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat saja.



Turut ada di majlis tersebut ialah si kecil Muhammad Haq Lutfie Alexander yang semakin besar dan comel. Lagi 35 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.