21 Kali Pintu Gerbang Diketuk Dan Diubai Suai, Masjid Andalusia Menjadi Lokasi Tarikan Di Kelantan

Kehidupan

21 Kali Pintu Gerbang Diketuk Dan Diubai Suai, Masjid Andalusia Menjadi Lokasi Tarikan Di Kelantan

Ketelitian pemilik Masjid Imanul Fa’izin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia, Padang Kala Melor iaitu Ibrahim Mat Sin dan isteri telah membuat tukang bina pintu gerbang membaiki dan mengetuk sebanyak 21 kali.

Masjid yang terletak di negeri Kelantan itu mula tular pada tahun 2020 sewaktu dunia dilanda COVID-19 susulan kecantikannya menyerupai masjid paling indah di dunia, Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Advertisement

Saya berikan gambar-gambar Masjid Sheikh Zayed Al-Nahyan kepada tukang untuk buat serta tiru supaya binaan luar perlu hampir sama walau tidak boleh betul-betul sama kerana kekangan kos.

Keistimewaan Masjid Andalusia

Kata Ibrahim kepada pihak BERNAMA, ramai sudah tidak sabar menunggu masjid berkenaan dibuka, malah reka bentuk binaan masjid terbabit membuatkan mereka tidak sabar mahu menjadi jemaah di Masjid Andalusia.

Hal yang menarik mengenai Masjid Andalusia ini adalah lebih 100 kubah besar dan kecil ditempah khas serta dibeli di Medan, Indonesia.

Kubah kecil dibuat oleh tukang ukir dan pembuat bot fiber glass dari Besut, Terengganu.

Bukan itu saja, bahan lain seperti marmar dibeli di Turkiye dan Oman, karpet bercorak Raudah seakan-akan di Masjid Nabawi Madinah pula dibawa dari kilang Madinah dan ada juga beberapa barangan lain dibeli di syarikat tempatan yang terletak di Kuala Lumpur.

Difahamkan daripada Ibrahim, masjid yang bernilai RM7 juta itu dibina secara berpasukan dan sentiasa diawasi sendiri sambil ditemani arkitek serta jurutera tanpa tender kepada mana-mana pihak.

masjid kuala krai
2 months ago

"Tawaran Yang Membuka Mata Ramai.." - Netizen Puji Masjid Kuala Krai Tawar Elaun RM6000 Jadi Imam Solat Tarawih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...