Tragedi 2 Helikopter Bertembung Di Udara, TLDM Dedah 10 Wajah Mangsa Terkorban

Berita

Tragedi 2 Helikopter Bertembung Di Udara, TLDM Dedah 10 Wajah Mangsa Terkorban

Semalam, negara berduka selepas berlakunya kemalangan maut dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melibatkan 10 mangsa.

Wajah-wajah mangsa

Identiti mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter yang berlaku di TLDM Lumut, Perak itu telah pun dikenal pasti.

Advertisement

wajah wajah mangsa tldm

Difahamkan, 10 mangsa yang maut terdiri daripada 7 kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Ini merupakan nama-nama mangsa yang terlibat:

Pesawat HOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang

1.  Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

 

Pesawar Fennec (M502 6) 3 orang kru

1. Komander Muhammad Amir Mohamad  – Pegawai Memerintah Skuadron 502.

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat..

heli
2 weeks ago

"Lambaian Penuh Makna.." - Tragedi Pertembungan Dua Helikopter Tinggalkan Kesan Besar, Hantaran Terakhir 503 Squadron Memilukan Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...