“Lambaian Penuh Makna..” – Tragedi Pertembungan Dua Helikopter Tinggalkan Kesan Besar, Hantaran Terakhir 503 Squadron Memilukan Hati

Berita

“Lambaian Penuh Makna..” – Tragedi Pertembungan Dua Helikopter Tinggalkan Kesan Besar, Hantaran Terakhir 503 Squadron Memilukan Hati

Awal pagi hari ini, negara dikejutkan dengan kejadian pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. Dalam tragedi itu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang disahkan maut.

Hari ulang tahun TLDM ke-90

Terbaru, tular di media sosial perkongsian Facebook 503 Squadron pada 19 April lalu menunjukkan dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak.

Advertisement

Mereka dijadualkan menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024.

helikopter

Manakala, demonstrasi udara di Hari Terbuka Armada dijadualkan pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Paling menyedihkan, salah satu gambar menunjukkan sebahagian kru yang tinggal memberi lambaian terakhir buat dua pesawat berkenaan.

heli

heli

Di ruangan kapsyen, admin atau pengendali laman Facebook berkenaan menulis, “Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik”.

Difahamkan, pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut menjadi juruterbang sebuah daripada helikopter tersebut.

Eyra hazali
3 months ago

"Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat" - Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Mangsa Nahas Helikopter Bertembung Di Lumut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...