“Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat” – Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Mangsa Nahas Helikopter Bertembung Di Lumut

Hiburan

“Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat” – Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Mangsa Nahas Helikopter Bertembung Di Lumut

Salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter bertembung ketika raptai persembahan tentera udara di Pangkalan TLDM, Lumut hari ini dilaporkan suami sepupu kepada pelakon Eyra Hazali.

Perkara itu dikongsikan Eyra menerusi satu hantaran Instagram Storynya sebentar tadi.

Advertisement

Eyra

Al-fatihah kepada semua yang terlibat dengan kemalangan helikopter.

Salah seorang mangsa adalah suami kepada sepupu saya, Lr Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin.

Eyra juga mendoakan agar kesemua roh yang meninggal dunia akibat nahas itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sekadar info, dua pesawat malang milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan bertembung sesama sendiri ketika melakukan latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90.

Helikopter jenis HOM M503-3dilaporkan terhempas di tangga stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec M502-6 terhempas di kawasan kolam renan Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

helikopter atm bertembung
6 days ago

Dilaporkan 10 Orang Terkorban, 2 Helikopter ATM Bertembung Di Udara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...