Edisi Terhad! Dapatkan Sampul Raya & Tote Bag Kolaborasi CompAsia & mfafairuz, Berpeluang Menang Hadiah RM50K!

Branded

Edisi Terhad! Dapatkan Sampul Raya & Tote Bag Kolaborasi CompAsia & mfafairuz, Berpeluang Menang Hadiah RM50K!

Bila sambut Hari Raya ni, antara benda wajib ada selain kuih raya dan rendang adalah peranti seperti telefon pintar, powerbank dan jam tangan pintar. Baru boleh beraya sakan!

Dah alang-alang Raya ni, mestilah semua benda nak tukar baru! Jadi, apa kata korang upgrade peranti korang dengan beli di CompAsia, sebab ia bukan setakat berpatutan, peranti yang mereka tawarkan semua berjenama tau!

Psst, rugi tau kalau anda tak beli dekat CompAsia sebab mereka nak bagi duit raya dan hadiah lumayan! Kalau nak tahu, jom kami kongsikan.

Beli Peranti Yang Paling Ngam, Berpeluang Menang Hadiah Lumayan RM 50,000!

Kalau anda beli peranti atau langgan buletin CompAsia, anda berpeluang untuk menangi hadiah lumayan berjumlah sehingga RM50,000! Pergh, ini baru Raya Kasi Ngam woi!

Nak menang hadiah lumayan ni senang saja tau, apa yang anda perlu buat adalah langgan CompAsia atau beli mana-mana peranti terpilih yang paling Ngam di Shop.CompAsia atau di mana-mana kedai luar talian yang terletak di One Utama dan KL Sentral. Senangkan?!

Antara hadiah yang anda boleh rebut adalah seperti MacBook, iPhone 13 Pro Max, iPhone X, jam tangan pintar dan banyak lagi!

Wah, menarikkan semua hadiah-hadiah yang CompAsia tawarkan ni? Tunggu apa lagi, cepat serbu CompAsia atau beli secara atas talian sekarang! Ajak sekali kawan-kawan dan keluarga!

Pemenang akan dipilih menerusi LIVE di TikTok rasmi CompAsia pada:

Pusingan Pertama : 1 hingga 5 April 2024

Pusingan Kedua: 22 hingga 26 April 2024

Pusingan Ketiga: 6 hingga 10 Mei 2024

Jadi, jangan lupa tanda tarikh-tarikh ini pada kalender korang okay?!

Buat Instagram Story Paling Ngam, Dapat Duit Raya Dari CompAsia!

Tak cukup dengan hadiah lumayan RM50,000, CompAsia nak bagi anda duit raya pula tau! Pergh, betul-betul all out eh CompAsia kali ni!

Nak menang duit raya daripada CompAsia? Senang je guys, anda ikut saja langkah mudah di bawah ni:

Langkah 1: Pergi ke halaman Instagram CompAsia, tekan ‘Highlight’ Raya Kasi Ngam

Langkah 2: Tekan ‘Add Yours’ untuk menggunakan template

Langkah 3: Ambil gambar atau rakam video orang atau barang (kuih, baju raya, dan sebagainya) yang paling ngam masa raya, dan hiaskan dengan kreatif

Langkah 4: Tag @compasiamy dan 2 rakan anda

Langkah 5: Letakkan tanda pagar #RayaNgamCA dan muat naik Instagram Story tersebut

Psst, tips nak menang hati juri, anda hias Instagram Story dengan pelekat ‘Raya Kasi Ngam’ yang boleh didapati di Instagram. Confirm letops!

Untuk hadiah, 20 pemenang bertuah terpilih akan menerima satu (1) Duit Raya Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100 dan biskut raya Junandus atau satu (1) tote bag CompAsia x mfafairuz setiap seorang. Perghh, dah lah nak join senang, macam tu je boleh dapat duit raya.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom la ajak kawan-kawan dan keluarga buat Instagram Story sama-sama!

Sambut Raya Vibe Kartun Dulu-Dulu, Barulah Ngam!

Siapa dekat sini dulu layan majalah kartun Ujang? Pergh, nostalgik kan bila ingat balik.

Anda tahu tak ada sekarang ada seorang artis tempatan yang cuba kembalikan semula kartun vibe-vibe macam Ujang dulu iaitu mfafairuz!

Kalau anda baca komik mfafairuz, bukan saja kelakar tau, malah kena dengan situasi yang kita sedang lalui dalam kehidupan seharian kita. So, boleh relate lah~

Alang-alang tu, anda tahu tak CompAsia ada buat kolaborasi dengan mfafairuz untuk barangan seperti sampul duit raya dan tote bag? Perghh, macam ni barulah Ngam!

Fuhh, tengok rekaan sampul raya dan tote bag kolaborasi CompAsia dan mfafairuz ni memang Ngam, rugi kalau anda tak dapatkan tau!

Haa, sekarang kami dah kongsi antara peraduan dan hadiah lumayan paling Ngam yang CompAsia tawarkan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rebut peluang keemasan ini sekarang, barulah Raya Kasi Ngam!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi CompAsia atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...