Jimat Sehingga RM1K?! Jom Meriahkan Lebaran Tahun Ini Dengan Barangan Elektronik Xiaomi!

Branded

Jimat Sehingga RM1K?! Jom Meriahkan Lebaran Tahun Ini Dengan Barangan Elektronik Xiaomi!

Setiap kali sambut Hari Raya, mesti ada insiden kelakar yang akan terpahat dalam ingatan sampai bila-bila kan?

Maklumlah, ini saja masa berjumpa sanak saudara untuk catch-up balik gosip-gosip yang ada, dan masing-masing pastinya mempunyai pe’el dan ragam tersendiri.

Cakap tentang ragam ni kan, ragam tetamu apa yang paling anda tak boleh lupakan? Kalau tanya kami, ini 4 ragam yang memang wajib berlaku setiap kali sambut Hari Raya!

1. Semua Benda Yang Dipegang Akan Tumpah Atau Rosak

Bila sambut Hari Raya ni, macam-macam benda boleh jadi kan? Langsir koyaklah, bekas kuih raya pecahlah, kerusi patahlah, macam-macam ragam! 

Paling risau, bila tengah makan ramai-ramai dekat meja makan, boleh pula air tertumpah kena telefon. Memang terus gelabah cari beras tuan rumah sebab nak keringkan telefon.

Tapi sekarang, anda dah tak perlu risau lagi sebab teknologi kan dah berkembang, rata-rata telefon keluaran terkini semua kalis air, contohnya macam Redmi Note 13 Pro+ 5G!

 

Fuhh, siap boleh swafoto lagi ya lepas telefon basah kena pistol air. Kami jamin ketahanan Redmi Note 13 Pro+ 5G ni bukan setakat itu saja tau, kalau air sirap tertumpah dekat atas telefon ini pun, anda masih lagi boleh guna macam biasa, tinggal lap bagi kering saja!

Kalau telefon lain ni, bukan saja hang, silap-silap banyak aplikasi terbuka sendiri! 

Psst, apa kata untuk Raya tahun ni anda beli Redmi Note 13 Pro+ 5G sebab selain daripada kalis air, ia juga mempunyai kamera Ultra-Clear 200 MP OIS, 1.5K 120Hz AMOLED paparan melengkung dan Ultra-Thin Bezels! 

Dengan Redmi Note 13 Pro+ 5G ni, memang puaslah kalau bagi anak buah guna untuk main game atau tonton drama, confirm laju! Apatah lagi kalau tangkap gambar OOTD Raya, semestinya lawa!

Kalau anda nak miliki Redmi Note 13 Pro+ 5G, anda boleh dapatkan pada harga bermula RM1,599 saja! Wow, berbaloi juga! 

2. Sorok Kuih Raya Kering Yang Bersepah Bawah Karpet

Tipulah kalau anda tak pernah sorok serdak kuih raya bawah karpet rumah orang betul tak? Haa, itulah pe’el yang tuan rumah selalu kena bersabar.

Maklumlah, bila dah seronok sangat jumpa dan berborak ni, sampai tak perasan kuih raya semua bersepah sampai ke atas lantai. Kuih raya pula jenis yang rapuh, memang orang pijak terbawa sana sini satu rumah. 

Kalau anda berada dalam situasi ni, apa yang anda akan buat? Kalau tanya kami, dapatkan saja Xiaomi Smart Air Purifier Elite dan Xiaomi Robot Vacuum S10+, senang cerita. 

 

Kalau ada dua alat ni dekat rumah, kami jamin anda tak akan pening kepala lagi dah nak layan ragam tetamu. Psst, siap ada promosi lagi tau!

Apa yang bagusnya dengan Xiaomi Smart Air Purifier Elite ni adalah ia bukan saja dapat menyingkirkan 99.9% virus Influenza A (H1N1) bawaan udara*, malah ia dapat tapis habuk dan bau yang kurang menyenangkan. 

Paling penting, ia sesuai sangat untuk anda yang bela si comel dekat rumah sebab ia juga mampu menapis udara untuk mereka yang ada alergen. Jadi, tak ada lah rasa gatal hidung selalu. 

Selain itu, kami faham sangat bila jadi tuan rumah ni mestilah nak kena layan semua orang sampai tak ada masa nak kemas rumah kan. Dengan Xiaomi Robot Vacuum S10+, anda dah tak perlu risau lagi tentang kebersihan lantai rumah anda. 

Dengan vakum ini bukan sekadar menyedut tau, siap boleh mop lantai lagi, serta ia boleh kesan sebarang objek untuk elak daripada pelanggaran. Memang dahsyat betul! 

Kalau anda berminat nak dapatkan Xiaomi Air Purifier Elite dan Xiaomi Robot Vacuum S10+ ni, baik anda beli sekarang sebab tengah promosi! 

Untuk Xiaomi Smart Air Purifier Elite, anda boleh dapatkan pada harga RM1,299 (harga asal RM1,699), manakala Xiaomi Robot Vacuum S10+ pula pada harga RM1,099 (harga asal RM2,099). Wow, banyak tu dapat jimat!

3. Kawal Remote Television Rumah Orang

Biasa kalau semua orang dah penat berborak, mesti akan tonton television betul tak? Masa ni lah nak catch up balik Bollywood, K-Drama dan macam-macam lagi. 

Masa ni mula lah masing-masing nak berebut remote television. Lepastu, dapat pula television tuan rumah kecil, memang tak semua orang dapat tengok.

Daripada anda berebut dan berhimpit ramai-ramai tonton television, apa kata dapatkan Xiaomi TV A 55! Siap ada potongan harga tau sempena Raya ni! 

 

Fuhh, ini kalau ada sebiji dekat rumah, bukan tengok Bollywood atau K-Drama, silap-silap anak-anak buah semua nak main game sebab besar sangat television ni!

Menariknya, selain mempunyai resolusi paparan 4K yang terang dengan ciri gerakan yang smooth, ia juga dikuasakan dengan Dolby AudioTM DTS-X, DTS-Virtual:X serta rekaan metalik dan tiada bezel yang sleek! Wow, bestnya!

Kalau anda berminat untuk dapatkan Xiaomi TV A 55 ni, anda boleh dapatkan pada harga promosi RM1,699 (harga asal RM1,999). Banyak tu diskaun, rugi kalau tak dapatkan! 

4. Bersenam Sebelum Pergi Beraya

Siapa dekat sini sebelum pergi beraya, dia sempat workout dulu? Fuh, mentang-mentang dah boleh makan dan minum, terus balun nak workout ya…

Mesti anda ingat dengan workout seperti angkat besi atau jogging ni boleh bakar banyak kalori kan? Tak semestinya, kalau anda kemas rumah, tolong sapu laman, angkat periuk belanga pun boleh bakar kalori tau! 

Tapi, macam mana nak jejak berapa banyak kalori yang dibakar kalau buat semua kerja rumah ni? 

 

Lah, macam tu je dah boleh tahu berapa banyak kalori digunakan? Bagusnya! 

Nak tahu apa yang lagi bagus dengan Xiaomi Watch 2 ni? Ia mempunyai lebih daripada 160 mod sukan termasuk mod ski profesional, 12 saluran untuk pemantauan kesihatan berteknologi tinggi, dan dikuasakan oleh snapdragon W5+ Gen 1. Fuhh, mantap!

Bukan itu saja tau, ia juga mempunyai 5 sistem L1+L5 GNSS serta mempunyai jangka hayat bateri sehingga 65 jam dengan storan besar 32GB. Lepas ni boleh guna lama tanpa perlu caj selalu! 

Psst, kalau anda nak dapatkan Xiaomi Watch 2, inilah masa yang tepat sebab Xiaomi buat promosi potongan harga iaitu RM769 (harga asal RM869). Fuhh, banyak tu!  

Meriahkan Lagi Sambutan Lebaran Dengan Promosi Hebat Xiaomi!

Dalam banyak-banyak ragam ni, anda yang mana satu? Ke anda pernah buat semua?

Apa-apa pun, banyak juga kan promosi yang Xiaomi tawarkan sempena sambutan Lebaran ni? Bila lagi peluang macam ni nak datang kan… 

Jadi, tunggu apa lagi, cepat rebut peluang keemasan ini sekarang dan dapatkan semua peranti Xiaomi ni untuk Hari Raya! 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Xiaomi atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...