Pukul Warga Asing Beramai-Ramai Kerana Didakwa Ganggu Pengurus Restoran, Empat Lelaki Ditahan Polis

Travel

Pukul Warga Asing Beramai-Ramai Kerana Didakwa Ganggu Pengurus Restoran, Empat Lelaki Ditahan Polis

Baru-baru ini telah tular sebuah video di laman sosial yang melihatkan seorang warga asing telah dikerumuni dan dipukul beramai-ramai oleh beberapa orang pekerja sebuah restoran makanan segera.

Warga asing ganggu pekerja

Menurut seorang individu yang membalas kepada video yang tular di aplikasi X itu, dia mendakwa bahawa warga asing berkenaan sering datang ke restoran itu dan menganggu pekerja-pekerja perempuan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, wanita ini turut mendakwa lelaki itu pernah mengungut untuk membunuh rakannya kerana menolak cintanya.

Elok pun kena pukul mamat warga asing ni, selalu datang kacau staff-staff perempuan dan dia juga ugut bunuh kawan saya di tempat kerja sebab rejeced dan ignored.

Empat orang ditangkap

Tak lama kemudian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten iaitu Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata bahawa pihaknya telah menerima laporan berkenaan pergaduhan tersebut dan telah menahan empat orang warga tempatan dan seorang warga asing.

Dipercayai kejadiaan tersebut akibat tindakan lelaki warga asing itu menganggu seorang wanita yang merupakan pengurus di restoran berkenaan.

Kesemua suspek lelaki warga tempatan direman sehari bermula Selasa manakala warga asing tersebut ditahan selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

3 months ago

Maut Didakwa Akibat Dipukul Beberapa Anggota Polis Langkawi, Keluarga Tuntut Keadilan Kematian Muhd Hafiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...