Maut Didakwa Akibat Dipukul Beberapa Anggota Polis Langkawi, Keluarga Tuntut Keadilan Kematian Muhd Hafiz

Trending

Maut Didakwa Akibat Dipukul Beberapa Anggota Polis Langkawi, Keluarga Tuntut Keadilan Kematian Muhd Hafiz

Isnin lalu, tular tentang kes lelaki yang didakwa maut selepas diserang oleh seorang anggota polis di Langkawi dan kini keluarga mangsa menuntut pembelaan ke atas kematiannya.

 

Advertisement

Kritikal sebelum meninggal dunia

Kejadian yang dirakam oleh orang awam itu berlaku di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat pada 29 Januari lepas dan mangsa pada awalnya dilaporkan kritikal kerana kecederaan dialaminya.

Perkara itu disahkan oleh adiknya, Salwana Salleh menerusi hantaran di Facebook di mana dia meminta orang awam yang berada di lokasi ketika kejadian untuk memberikan kerjasama.

Saya ingin tahu lebih jelas tentang kejadian itu sebab melibatkan nyawa mangsa dalam keadaan kritikal, begantung nyawa pada mesin pernafasan.

dipukul polis

 

Dikerumuni tujuh anggota polis

Dua hari kemudian, mangsa disahkan meninggal dunia dan keluarga kini meminta pihak polis untuk memberikan penjelasan berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan usaha mereka untuk mendapatkan maklum balas daripada Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berhubung kejadian itu gagal selepas beberapa kali dihubungi.

Menerusi rakaman yang tular itu, lebih kurang tujuh anggota polis dilihat menggunakan kekerasan ketika menahan seorang lelaki, dipercayai Mohd Hafiz.

Malah, seorang daripada mereka dirakam menendang bahagian belakang lelaki tersebut sebelum menggari tangannya.

dipukul polis

 

Kejadian berlaku ketika serbuah polis narkotik

Dalam pada itu, seorang individu dikenali sebagai Putera Aizo menerusi Facebook mendakwa kejadian tersebut berlaku ketika serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak berkenaan.

Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain dan terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.

dipukul polis

Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 1 Februari selepas dua hari bertarung nyawa.

Bella rangka kakak
3 months ago

"Selamat Tinggal, Aku Sayang Kau, Aku Akan Tuntut Keadilan Untuk Kau" - Kakak Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...