“Korang Punya Masalah Kenapa ‘Petik’ Saya??” – Chacha Maembong Tuntut Ruhainies Bersihkan Imejnya Yang Tercalar

Hiburan

“Korang Punya Masalah  Kenapa ‘Petik’ Saya??” – Chacha Maembong Tuntut Ruhainies Bersihkan Imejnya Yang Tercalar

Pelakon Chacha Maembong semalam tampil mempertahankan diri setelah namanya menjadi tumpuan apabila muncul dalam perbualan hangat antara Aliff Aziz dan Ruhainies.

Chacha beri penjelasan

Perbualan yang didedahkan teman wanita Aliff, Sarah Yasmine itu mula mencuri perhatian netizen setelah tularnya kes khalwat antara aktor itu dengan Ruhainies sekitar bulan Mac yang lalu.

Advertisement

Ujar Chacha, dia terus menghantar mesej kepada Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan kerana dia sama sekali tidak pernah masuk campur dalam isu berkaitan aktres itu dengan Aliff Aziz.

Saya hantar mesej kepada Ruhainies dan bertanya kenapa petik nama saya sebab saya tidak masuk campur dalam urusan mereka.

Saya tanya bila masa saya cakap Bella menangis dekat saya? Korang punya masalah kenapa petik nama saya?

Tunjuk bukti, gesa Ruhainies bersihkan namanya

Dia juga turut menunjukkan bukti bahawa ada menghantar mesej kepada Ruhainies dan aktres itu didakwa mengelak daripada menjawab pertanyaan yang diajukan.

“Itu perbualan antara I dan Aliff, I tak tahu minah tu nak hacked telefon Aliff macam tu. You faham tak? Itu kan benda lama yang haritu kita jumpa, yang kita video call tu selepas cakap dengan Emma dan you tu” kata Ruhainies kepada Chacha.

Berikutan itu, Chacha meminta Ruhainies untuk membersihkan namanya kerana perkara yang tersebar adalah fitnah semata-mata.

Saya hantar mesej dia lagi kata orang kecam saua, cakap nama saya bercakap fasal Bella tapi perkara itu tidak betul.

Saya tidak boleh biarkan sahaja kerana saya tiada kena mengena dan tidak hubungi dia langsung. Saya minta dia bersihkan nama saya.

Namun begitu, Ruhainies dikatakan tidak membalas mesej tersebut dan cubaan untuk menghubunginya juga gagal.

“Apa yang saya tahu pun sebab baca di media sosial. Saya tak mahu ambil pusing” kata Chacha lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies Bella Aliff
8 months ago

"Kalau Tak Diuji Macam Ni, Mungkin Saya & Awak Kurang Berharap & Ingat Pada Allah" - Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...