“Semalam Masuk Percuma Je…” – Kuat Kuasa Serta Merta, Pelancong Terkejut Kini Perlu Bayar Untuk Masuk Hagia Sofia

Travel

“Semalam Masuk Percuma Je…” – Kuat Kuasa Serta Merta, Pelancong Terkejut Kini Perlu Bayar Untuk Masuk Hagia Sofia

Kalau pergi melancong ke sesebuah negara mestilah kita mahu melawat tempat-tempat peninggalan atau lokasi  yang terkenal dan ikonik di negara tu kan?

Macam contoh pergi ke Eiffel Tower jika di Paris, Menara Condong Pisa jika ke Itali, Acropolis of Athens di Greece atau Shibuya Street di Tokyo.

Advertisement

 

Tarikan pelancongan di Turki dah tak percuma lagi?

Pelancong yang melancong ke Turki pula sudah tentulah mahu melawat ke tempat bersejarah terkenal, Hagia Sofia di Istanbul.

hagia sofia

Menurut laporan terkini, pelancong kini akan dikenakan tiket masuk ke Hagia Sofia sebanyak €25  (RM128) setiap seorang dan ia berkuat kuasa serta merta pada 15 Januari.

Tiket tersebut memberikan pengunjung akses ke terowong terbuka di mana mereka boleh melawat Hagia Sofia tanpa mengganggu solat.

 

Ramai tak setuju?

Media tempatan juga melaporkan pintu utama Hagia Sofia pula kini diutamakan khas buat rakyat negara berkenaan dan pelancong akan menggunakan pintu masuk di bahagian tepi.

Sementara itu, umat Islam yang bukan warganegara juga akan dikenakan caj masuk, walaupun mereka hanya mahu menunaikan solat.

hagia sofia

Perubahan secara tiba-tiba itu mengejutkan pelancong malah pada Isnin lalu (hari pertama tiket masuk dikenakan), tidak ramai pelancong yang dilihat melawat lokasi terkenal tersebut.

Semalam percuma (masuk Hagia Sofia)…Terkejut..”

Bukan itu sahaja, perubahan tersebut dikatakan telah mencetuskan kritikan daripada kerajaan Barat, negara Rusia dan Kristian.

Ia kerana tiket yang dicaj kepada pengunjung itu memberikan akses masuk kepada galeri di tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO yang diibaratkan sebagai magnet kepada pelancong.

hagia sofia

Iyelah, kalau dah kenakan caj nanti ramai pula yang tak sanggup bayar untuk masuk. Bila pengunjung berkurang, lama-lama nanti tinggal sepi jelah Hagia Sofia, galeri atau tapak warisan dunia tu kan.

azhar sulaiman
6 months ago

"Axia Pun Sewa RM500 Di Sana" - Pelancongan Langkawi Makin Terjejas, Azhar Sulaiman Cadang Beberapa Idea Untuk Pulih Ekonomi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...