“Jangan Risau, Dia Sayang Awak Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak” – Bella ‘Yakinkan’ Ruhainies

Hiburan

“Jangan Risau, Dia Sayang Awak Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak” – Bella ‘Yakinkan’ Ruhainies

Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff Aziz dan Ruhainies. Ia dimuat naik dan ditularkan oleh Sarah Yasmine yang turut ‘tag’ Bella Astillah dalam setiap perkongsiannya di Instagram story.

 

Advertisement

“Dia sayang awak”

Antara perbualan Ruhainies dan Aliff yang mencuri perhatian adalah apabila aktres itu merajuk selepas membaca berita bahawa penyanyi tersebut masih menyayangi Bella.

Bagaimanapun, Bella menerusi Instagram story telah ‘meyakinkan’ Ruhainies bahawa Aliff memang menyayanginya. 

Jangan risau, dia sayang awak (Ruhainies). Sebab itulah dia tinggalkan kami anak beranak,” kata Bella.

bella

ruhainies

 

Awak ambillah Aliff…

Dalam pada itu, aktres dan penyanyi berasal dari Sabah tersebut turut menyentuh tentang kata-kata Ruhainies berkenaan mahu menghentikan masa.

Tak perlu stop the time. You can have him Ruhainies,” kata Bella lagi di Instagram story.

bella

Terdahulu, pendedahan lanjut dibuat oleh Sarah Yasmine mengejutkan ramai selepas ia memaparkan perbualan didakwa di antara Ruhainies dan Aliff yang dilihat mengutuk dan bercakap buruk tentang Bella Astillah.

Selain itu, pendedahan kali ini turut menjadi kecoh apabila beberapa nama telah disebut di dalam kemelut ini termasuklah Emma dan Chacha Maembong serta penyanyi rap, Caprice.

bella ruhainies
1 week ago

"Fitnah! Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ni?" - Berang Difitnah, Bella Astillah 'Sound' Ruhainies

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...