“Fitnah! Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ni?” – Berang Difitnah, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies

Hiburan

“Fitnah! Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ni?” – Berang Difitnah, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies

Lama mendiamkan diri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya membuka suara mengenai isu ‘panas’ yang sedang berlaku ketika ini terhadap suami, Aliff Aziz dan teman wanitanya, Ruhainies.

Difitnah emel jenama henti kerjasama dengan Ruhainies

Dalam salah satu mesej yang didedahkan oleh Sarah Yasmine di Instagram, Ruhainies menuduh Bella menghantar emel kepada beberapa jenama untuk berhenti bekerjasama dengan aktres itu.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, Bella menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melakukan hal tersebut serta tidak menyangka Ruhainies sanggup lemparkan fitnah sedemikian.

Fitnah! Bila masa pula team Bella nak pergi email email brands? Astaufiruallahalazim.. nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai tahap ini RUHAINIES?

Sebelum ini, seorang wanita bernama Sarah Yasmine mendakwa dirinya merupakan kekasih Aliff Aziz telah mendedahkan Ruhainies adalah dalang disebalik bolak-balik rumah tangga penyanyi terbabit.

sarah
2024-04-25 14:37:10

"Kalau Itu Ibu Saya, Saya Tak Sanggup.." - Sarah Yasmine Kasihan, Ruhainies Didakwa Punca Ibu Aliff Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram