Bosanlah Asyik Lepak Mamak Je.. Jom Cuba 5 Kafe ‘Asthetic’ Yang Buka Sampai Lewat Malam Ni!

Travel

Bosanlah Asyik Lepak Mamak Je.. Jom Cuba 5 Kafe ‘Asthetic’ Yang Buka Sampai Lewat Malam Ni!

Boleh dikatakan kesemua rakyat Malaysia bersatu hati dalam satu hal iaitu memilih restoran mamak sebagai tempat untuk bertemu dengan rakan kenalan kerana pembukaan premis yang selalu dibuka hingga lewat malam.

Korang tak nak explore tempat baru ke, macam kafe-kafe estetik di Kuala Lumpur & Selangor yang buka hingga larut malam?

Advertisement

Tak tahu kafe mana yang buka hingga lewat malam? Jangan risau, jom tengok 5 kafe ‘asthetic’ yang buka hingga lewat malam di bawah!

1. Kopi Kubo, Kuala Lumpur

cafe lewat malam

Ini merupakan kafe yang baru saja viral tau di Kuala Lumpur. Memang sangat vibe lah kalau korang nak lepak dengan kawan-kawan sampai azan Subuh esok harinya!

Pengunjung pun boleh pilih sama ada mahu duduk di ruangan dalam kafe ataupun di luar. Kami suggest duduk di luar sebab keistimewaan kafe ini adalah ‘treehouse cafe’ (kafe di atas pokok). Tapi mungkin kena berebut sikit sebab kerusi agak limited di bahagian tersebut.

Waktu operasi: 6 pagi hingga 5:30 pagi

2. Big Boss HSP, SS15

cafe lewat malam

Siapa saja yang tak kenal dengan tempat yang menjual hot snack pack, di mana kentang goreng dibanjiri dengan isi ayam dan daging berserta tiga jenis sos yang berbeza! Boleh dikatakan sangat berbaloi untuk korang yang jenis senang lapar di malam hari.

Tapi Big Boss HSP ini hanya buka hingga lewat malam pada hari Jumaat dan Sabtu saja.

Waktu operasi: 5 petang hingga 1:30 pagi (Jumaat & Sabtu), 5 petang hingga 11:30 malam (hari lain)

3. Hungry Tapir, Kuala Lumpur

cafe lewat malam

Bak kata ‘mat saleh’ eat clean. Kalau korang nak tahu, makanan di kafe Hungry Tapir ni semuanya vegan tau. ‘Daging’ burger yang mereka gunakan bukanlah daging lembu tetapi ubi bit merah.

Yang paling mengejutkan, burger yang diberi nama Pink Bombshell sangat sedap walaupun seseorang itu tidak mengamalkan vegan lifestyle. Korang wajib cuba sebab hidangan ini merupakan salah satu menu terlaris di kafe tersebut.

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam (Jumaat & Sabtu), 12 tengah hari hingga 10 malam (hari lain)

4. Whatever Works Coffee, Kampung Datuk Keramat

cafe lewat malam

Vibe hiasan dalaman yang antik dan mengimbau kenangan inilah penyebab kafe Whatever Works Coffee (WWW) menjadi pilihan anak muda lepak hingga lewat malam.

Bukan saja menghidangkan air kopi yang sedap, malah kadang-kala mereka juga menjemput penyanyi membuat persembahan di sana bagi menghiburkan pengunjung.

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 12 malam

5. Bartolo Lisboa Bakehouse

cafe lewat malam

Mudah untuk di kunjungi dan paling syok, tak perlu berebut! Boleh dikatakan Lisboa Bakehouse ini tidaklah viral seperti kafe-kafe yang lain tetapi kelainannya adalah pemilik kafe ini merupakan orang Portugis. Jadi kebanyakan makanan dan pastri yang dibuat mempunyai rasa asli Portugis.

Kafe ini betul-betul berdekatan dengan pintu belakang Central Market. Malah, kalau pengunjung pilih untuk duduk di bahagian luar, view yang akan mereka lihat adalah The River Of Life Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 11:30 malam (Khamis), 10 pagi hingga 9 malam (hari lain)

SG
9 months ago

"Saya Dah 'Travel' Ke 33 Negara Tapi Penduduk Di Sini Kurang Ajar" - Wanita Beri 5 Sebab Kenapa Tak Suka Singapura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...