Written by AbangNara | May 13th, 2013

Salah seorang artis MIG iaitu Linda Roslan telah pun melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu yang lepas. Dengan sekali lafaz sahaja, Linda Roslan telah pun sah menjadi isteri kepada Aizul Marcello. Jutaan tahniah diucapkan.
gambar perkahwinan linda roslanPasangan pengantin ini memang sama cantik dan sama padan. Semoga perkahwinan mereka akan berkekalan sehingga ke syurga. Sama-samalah kita doakan.
gambar perkahwinan linda roslanAnda boleh mengucapkan tahniah kepada pasangan ini menerusi Twitter Linda Roslan. Beberapa keping lagi gambar sekitar majlis pernikahan dan persandingan Linda Roslan dan Aizul Marcello dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Harga kereta VW Polo GTI telah direndahkan.

 
 
Written by serenity | May 13th, 2013

Pada Sabtu lepas, pelakon Norish Karman telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 39 di sebuah majlis di Plaza Damas, Sri Hartamas. Majlis ini dikatakan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat saja.



Turut ada di majlis tersebut ialah si kecil Muhammad Haq Lutfie Alexander yang semakin besar dan comel. Lagi 35 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.

 
Written by AbangNara | May 13th, 2013

Susah sungguh menjadi artis di zaman moden ini. Kewujudan laman sosial seperti Instagram membolehkan perkongsian gambar dilakukan secara pantas. Namun perkongsian yang tidak dikawal ada kesannya yang tersendiri. Mungkin itu yang terjadi kepada Tiz Zaqyah.

tiz zaqyah

Kalau anda mengikuti Instagram Tiz Zaqyah, anda akan perasan beberapa keping gambar dirinya bersosial bersama rakan-rakan. Ada peminat yang meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian gambar-gambar tersebut. Namun Tiz Zaqyah ada alasannya yang tersendiri. Kata Tiz:-

Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau orang boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya, saya tak mampu buat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan. Tambahan lagi, bukan saya seorang saja yang memuat naik gambar bersosial di Instagram, sebaliknya rakan-rakan yang lain pun sama.

tiz zaqyah
Menurut Tiz, dia tidak mengganggu orang lain dengan perkongsian gambar-gabar tersebut. Tiz hanya mahu menjadi dirinya sendiri dan tak mahu hipokrit. Bagi Tiz, dia hanya jujur dengan kehidupannya. Kata Tiz lagi:-

Saya kenal diri saya, biarlah saya jadi diri sendiri. Jangan menghakimi seseorang itu begitu mudah. Apabila melihat gambar saya bersosial, jangan mudah melabel saya nie gadis yang tak baik. Artis lain pun ramai bersosial. Kadang-kadang tu saya sedih juga bila dapat tahu, rakan artis nie pergi bersosial tapi buat pengakuan mereka takpergi. Jangan menipu! Saya bersosial saya mengaku.

Sebagai manusia biasa, Abang Nara pun bersosial jugak. Cuma di tempat yang tidak sama dengan Tiz. Hanya kedai mamak dan kadang-kadang di court badminton tempat sosial Abang Nara. Mungkin Tiz sekali sekala pun boleh cuba bersosial di sana. Lebih tenang rasanya. Hehehe.

Written by AbangNara | May 13th, 2013

Amboi. Romantik juga Pekin Ibrahim ini. Muka lelaki sejati tetapi hati penuh dengan kasih sayang. Tersenyum kambing Abang Nara membaca luahan rasa cinta Pekin terhadap Uqasha di dalam Pancaindera semalam. Sweet sangat!!!

pekin ibrahim

Kalau dulu Pekin malu-malu nak mengaku bercinta dengan Uqasha, sekarang tidak lagi. Awek cun kenalah bagitau cepat-cepat. Kang orang lain potong line pulak. Kata Pekin:-

Pertama kali melihat dia perasaan cinta saya sudah mula berputik. Saya memang menganggap dia adalah calon yang sesuai untuk dijadikan suri hidup saya. Sebenarnya kami sudah kenal lama. Sejak dari kampung lagi. Cuma hubungan yang lebih serius itu baru nak bermula. Saya tengok Uqasha kalau boleh terus nak kahwin dengan Uqasha esok. Setiap hari saya tanya Uqasha fasal kahwin. Mungkin dia pun dah naik muak dengan soalan saya itu.

uqasha senroseRomantik kan? Hehehe. Semoga hubungan Pekin dan Uqasha ini akan berakhir ke jinjang pelamin satu hari nanti. Mungkin tahun ini mereka akan bertunang dan seterusnya berkahwin. Siapa tahu kan? Kita doakanlah sahaja kebahagiaan akan menjadi milik mereka satu hari nanti.

P.S: Harga kereta lebih murah selepas PRU13 hanya mimpi?