“Lori Duk Lane Kanan Dekat Highway Tu? Lagi Bahayakan Nyawa” – Individu Persoal JPJ ‘Beria’ Fokus Pasal Isu ‘Tinted’ Gelap

Kehidupan

“Lori Duk Lane Kanan Dekat Highway Tu? Lagi Bahayakan Nyawa” – Individu Persoal JPJ ‘Beria’ Fokus Pasal Isu ‘Tinted’ Gelap

Tular rakaman memaparkan seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memeriksa kadar ketelusan cahaya (VLT) kereta milik orang awam.

Tidak dinyatakan di manakah pemeriksaan itu berlaku namun rakaman pendek tersebut meraih perhatian ramai warganet di media sosial.

Advertisement

 

Kenapa JPJ ‘beria’ fokus pasal tinted?

Hantaran seorang individu mendapat perhatian warganet apabila dia persoal mengapa JPJ lebih memfokuskan tentang isu cermin gelap sedangkan ada hal lain berkenaan keselamatan jalan raya yang patut lebih dititik beratkan.

Perihal lori lori duduk lorong kiri, tengah, kanan dekat lebuh raya ELITE setiap hari tu langsung tak ada penguat kuasaan ke? Setiap hari tau. Itu betul punya membahayakan nyawa. Please la YB Anthony Loke.

 

Boleh elak banyak hal membahayakan

Bagaimanapun, beberapa individu berpendapat ada sebabnya mengapa undang-undang membabitkan cermin gelap dikuat kuasakan dan sudah tentu ia adalah demi keselamatan pengguna jalan raya.

Selain itu, ada yang berpendapat cermin yang tidak terlalu gelap boleh membantu nyawa orang lain seperti kes bayi tertinggal di tempat duduk belakang atau individu yang meninggal dunia ketika tidur di dalam kereta.

Tak boleh fikir gelap atau cerah boleh kemalangan atau tidak. Ada isu keselamatan lain contohnya boleh elak bayi tertinggal, elak kes meninggal dalam tidur pun boleh sebab orang dari luar nampak orang di dalam (kenderaan) dan cuba kejutkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...